Pelbagai kes serangan seksual mengaitkan pemandu Uber kita dengar saban hari. Ada yang dirompak, ada yang dicabul dan ada juga yang ditipu. Namun, kes terbaru yang membabitkan seorang penumpang wanita dicabul pemandu Uber ini sedikit berbeza (dan agak lucu) dari kes yang lain.
Menurut Daily Mail, ketika kejadian pada 10 November tahun lalu, wanita dari London itu dikatakan keluar makan di luar dan telah meminum sebotol wain. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk pulang dengan perkhidmatan Uber selepas badannya berasa tidak selesa.
Usai memesan Uber, seorang lelaki tiba menjemputnya dan ketika di dalam perjalanan wanita tersebut tertidur di tempat duduk bahagian belakang.
Pada ketika itulah, Suleiman Abdirizak, 42, mengambil kesempatan dan memberhentikan kenderaan untuk meraba paha wanita berkenaan. Menurut Pendakwa Sarah Morris, lelaki itu kemudian terus beralih ke tempat duduk belakang dan memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa. Lelaki itu kemudian berkata,
Saya hanya akan teruskan pemanduan jika kamu hisap kemaluan saya.”
Terkejut dengan apa yang berlaku, mangsa secara spontan memberitahu pemandu tersebut bahawa dia menghidap HIV sejak 5 tahun lalu bagi menghalang Suleiman daripada memaksanya berbuat sedemikian.
“Saya tidak tahu bagaimana saya mendapat idea untuk berkata sebegitu. Saya beritahu dia entah apa akan berlaku jika saya sentuh kemaluannya,” kata mangsa.
Panik, Suleiman kemudian menjauhi mangsa dan berkumur serta terus mencuci kemaluannya dengan air botol. Bukan itu sahaja, dia dikatakan ketakutan kerana menyangka dia sudah dijangkiti virus itu sehingga terpaksa ditenangkan mangsa.
“Saya mula menenangkan dan meyakinkannya bahawa dia tidak akan dijangkiti dengan sentuhan,” beritahu mangsa di mahkamah.
Tiba di rumah, mangsa terus memberitahu rakan serumahnya tentang apa yang berlaku dan menghubungi pihak polis.
Bagaimanapun, ketika dibicarakan, Suleiman menafikan tuduhan berkenaan dan sebaliknya mendakwa wanita itu yang menyuruhnya memberhentikan kereta di sebuah tempat tersembunyi kerana mahu muntah.
Menurut Sarah, lelaki itu mendakwa wanita berkenaan beralih ke tempat duduk penumpang bahagian hadapan sebelum mendekatinya dan bertanya jenis minyak wangi yang digunakan.
“Dia berkata, wanita itu yang memberi idea untuk ke tempat yang lebih tersembunyi. Dia tahu wanita itu sedang mabuk, jadi dia menggambarkan wanita tersebut sebagai ‘menjengkelkan’.”
Jurucakap Uber ketika dihubungi pihak media telah mengeluarkan kenyataan berhubung kes terbabit.
“Tingkah laku ini sangat mengejutkan dan kami bersimpati dengan mangsa. Pihak Uber segera menghalang pemandu itu daripada terus menggunakan aplikasi Uber dan membantu pihak polis dengan siasatan yang sedang dijalankan.”
Perbicaraan masih diteruskan dan kes sedang dalam siasatan pihak polis.
Hurmmm, boleh guna idea penipuan menghidap HIV ni…
Baca: Lelaki Ramas Kemaluan Pemandu Uber Lelaki dan Paksa Lakukan Seks Oral Dalam Kereta