in

Pemandu Myvi Buat Laporan, Polis Cari Pasangan Terjatuh Ketika Buat Aksi ‘Wheelie’

Wheelie Jatuh Langgar Myvi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu rakaman video sejak semalam mengenai pasangan muda membuat aksi lagak wheelie tidak menjadi apabila mereka terjatuh lalu motosikal yang ditunggang merempuh sebuah kereta Perodua Myvi dari arah bertentangan.

Menerusi video yang ditularkan oleh pengguna X, dapat dilihat dengan jelas penunggang berkenaan tidak semena-mena mengangkat tayar di bahagian hadapan motosikal kapcai yang ditungganginya sebelum hilang kawalan.


Artikel berkaitan: 2 Budak Tingkatan 1 Maut, Motosikal Bertembung Sesama Sendiri Ketika Buat Aksi ‘Wheelie’

Artikel berkaitan: “Atas motor pun nak konten ke?” – Wanita Selamba Rekod Diri Sendiri Ketika Tunggang Motosikal

Polis cari pasangan buat aksi wheelie

Memetik laporan Buletin TV3, kejadian itu berlaku di hadapan sebuah stesen minyak di Teluk Ketapang, Kuala Nerus kelmarin dan pihak polis telah menerima laporan yang dibuat pemandu Perodua Myvi terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, kejadian dipercayai berlaku ketika pemandu wanita berusia 23 tahun itu dalam perjalanan dari arah Dataran Austin menghala ke Teluk Ketapang.

Manakala motosikal Honda EX5 yang ditunggang seorang lelaki bersama pembonceng wanita datang dari arah Jalan Kem Askar menghala ke arah Teluk Ketapang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan itu membuat aksi ‘wheelie’ dan terjatuh sebelum melanggar kereta dipandu wanita itu.

“Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal bertindak melarikan diri selepas kejadian itu manakala pemandu wanita terbabit membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.”

Susulan itu, polis sedang mengesan penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu dengan kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Buletin TV3, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.