in

“Pemandu dan pengawal pusat kawalan tak ikut SOP” – Menteri Pengangkutan Dedah Hasil Siasatan LRT Insiden Bertembung

Ft Lrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siasatan insiden dua tren LRT Laluan Kelana Jaya bertembung pada 24 Mei lalu akhirnya selesai dan menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, kemalangan tersebut berpunca daripada SOP kritikal tertentu tidak dipatuhi.

Katanya, laporan siasatan itu telah pun diserahkan kepada Kabinet pada Rabu, 9 Jun. Menurut FMT, antara faktor lain adalah masalah teknikal, kegagalan komunikasi antara OCC dengan pemandu Tren 40 (kosong tanpa penumpang) yang sedang berada dalam mode ‘time out’ dan dan pelepasan Tren 81 sehingga berlaku perlanggaran.


“Siasatan mendapati, ketika proses pemindahan Tren 40 untuk diset semula dan dikembalikan kepada operasi tren automatik (ATO), kedua-dua hostler (pemandu) dan pengawal pusat kawalan operasi ( OCC) telah mengabaikan SOP kritikal tertentu.”

“Ini secara tidak sengaja mengakibatkan Tren 40 bergerak secara manual ke arah Gombak (arah utara) dan bukannya ke selatan menuju ke depoh.”

Tren

Tren1

“Tren 40 mengalami masalah teknikal pada salah satu daripada dua sistem Komunikasi On-Board Vehicle (VOBC) pada jam 6.26 petang, 24 Mei 2021.”

“Apabila satu VOBC gagal berfungsi dan hilang komunikasi dengan OCC maka tren perlu dikosongkan di stesen berikutnya serta dikeluarkan dari perkhidmatan untuk penyelenggaraan di depoh Lembah Subang.”

Tren2

Bagaimanapun, Tren 81 dilepaskan membuat perjalanan dari stesen KLCC menuju stesen Kampung Baru tanpa mendapat pengesahan tepat mengatakan Tren 40 telah diset semula kepada ATO.

“Tren 81 sedang ditahan di stesen KLCC dan meletakkan keadaan status ‘Manual Route Reservation’ (MRR) iaitu perlindungan kepada Tren 40 sebelum dapat dikendalikan secara ATO.”

“Keadaan ini seterusnya mengakibatkan berlaku pertembungan antara Tren 40 dan Tren 81.”

Jelas beliau lagi, ketika kejadian itu Tren 40 masih boleh beroperasi menerusi ATO dengan VOBC kedua yang masih berfungsi. Namun pada jam 8.13 malam, VOBC kedua Tren 40 ini juga gagal berfungsi ketika dalam perjalanan ke Lembah Subang dan terkandas di stesen KLCC dan Kampung Baru.

Berikut adalah kronologi serta video 3D kejadian insiden LRT bertembung itu:

 

Baca: Masih Tak Sedarkan Diri Akibat Kecederaan Serius Kemalangan LRT, Keluarga Tuntut RM1.8 juta Dari Prasarana

Kemalangan Alrt

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.