in

Pelik Mengapa Ramai Wanita Cantik Dan Cerdik Selalu Single? Ini Sebabnya…

COVER 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi bujang atau dalam bahasa moden, ‘single’ bukanlah sesuatu yang patut dimalukan. Kadang kala, orang yang sudah berpasangan menganggap wanita yang single ini sebagai loser dan terlalu memilih pasangan.

Walhal, ramai sahaja wanita single di luar sana mempunyai karier yang bagus dan sedang hidup dengan selesa tanpa perlu mendapatkan justifikasi daripada orang lain.


Pasti anda pernah lihat situasi di mana wanita yang cerdik dan cantik masih single meskipun ramai sahaja lelaki yang sedang ‘beratur’ untuk berkenalan dengan mereka.

Tidak adil untuk kita katakan mereka ini terlalu memilih pasangan hidup walhal kita semua memang perlu memilih dalam isu kerana ia melibatkan hidup sehingga hari tua.

Jadi mengapa ramai wanita cerdik dan cantik yang single di luar sana? Ini 5 sebab yang berkemungkinan menjadi punca mereka berada dalam situasi itu.

1. Terlalu sibuk untuk bercinta

Wanita yang cerdik tahu apa yang mereka perlu utamakan dan fokus, selain daripada mencari teman lelaki. Malah, ada juga situasi di mana wanita terlalu sibuk bekerja dan tidak mahu mencari teman lelaki kerana situasi itu akan membuatkan mereka menjadi lebih sibuk.

Namun begitu, tidak perlu dirisaukan, orang yang tepat pasti akan tiba pada waktu yang tepat.

woman working late

2. Ramai lelaki sangka mereka sudah berpunya

Dunai sudah memasuki tahun 2022, dan kita semua boleh bersetuju, rata-rata mereka yang mempunyai rupa tidak kira lelaki atau wanita pasti sudah mempunyai pasangan.

Situasi yang sama boleh terjadi kepada wanita yang cantik, sesetengah lelaki takut untuk berkenalan dengan mereka kerana menyangka mereka sudah mempunyai pasangan. Jadi, apa-apa tanya dulu okay!

3. Mempunyai standard yang tinggi

Dengan berita dan isu melibatkan lelaki ‘sampah’ semakin banyak di media sosial, perkara ini membuatkan wanita kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Anda sendiri boleh baca di media sosial seperti Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), rata-rata masalah rumah tangga yang terjadi adalah berpunca daripada kaum lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Jadi buat kaum lelaki, jadilah lelaki dengan kualiti yang tinggi!

4. Mencari teman hidup belum menjadi keutamaan

Sesetengah orang, mereka lebih mengutamakan keluarga dahulu sebelum mendirikan rumah tangga sendiri. Ada juga sesetengah wanita yang menjadi mata pencarian keluarga kerana ibu bapa sudah tua atau tiada.

iStock 531098549
Urban scene

5. Digeruni lelaki

“It’s not my job to make you feel like a man. I can’t make you something you are not”

Pepatah ini merupakan dialog dalam filem Crazy Rich Asian dan mendapat perhatian ramai kerana ketepatan mesej yang ingin disampaikan.

a6KQ19A 700b

Boleh dikatakan, sesetengah lelaki berasa ‘takut’ untuk mendekati wanita yang terlalu berjaya dan cantik. Pada pendapat mereka, lelaki perlu menjadi ketua dan wanita tidak boleh melebihi lelaki.

Setiap orang mempunyai impian mereka yang tersendiri, jadi wanita yang cerdik dan cantik tidak akan menjadikan lelaki sebagai batu penghalang untuk mereka mencapai kejayaan.

Kredit: Inspiring Tips, The Talko

BACA: Kajian Menunjukkan Anak Sulung Perempuan Berpotensi Jadi Lebih Berisi Daripada Adik

Untitled 1 17

Sumber: Bolde
Sumber: 9gag

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.