Pada kejohanan Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsung pada 10 Januari lalu, tiada pemain badminton Malaysia yang mara ke peringkat akhir perlawanan. Disebabkan itu, ramai peminat tempatan yang mempersoalkan prestasi para pemain yang dilihat semakin merudum.
Terbaharu, seorang lelaki dipercayai pelatih badminton ada mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman berkenaan prestasi pemain badminton negara yang semakin merudum. Kenyataan tersebut dibuat menerusi sebuah video di TikTok.
https://twitter.com/AhboyBadminton/status/1623923470873821184
Menerusi video tersebut, individu ini meletakkan punca kejatuhan prestasi kebanyakan pemain kepada masalah pengurusan BAM itu sendiri. Jelasnya, banyak layanan yang tidak adil daripada BAM kepada para pemain.
Individu ini turut mendakwa BAM terlalu memberi fokus kepada Dato’ Lee Chong Wei semasa beliau masih aktif bermain, tanpa menumpukan perhatian kepada pemain muda pada ketika itu. Ini menyebabkan pemain badminton Malaysia pada hari ini kurang berkualiti.
https://twitter.com/AhboyBadminton/status/1623923975276621824
Tidak cukup dengan itu, pelatih badminton ini turut mendakwa pengurusan BAM yang dipegang oleh orang berbangsa Melayu turut menjadi punca kepada masalah ini.
“Bagi orang Melayu jadi management. Eh mereka sembahyang dah 5 kali sehari, mana ada niat nak uruskan BAM. Lemah pengurusan ini. Sistem yang lemah menyebabkan pemain Malaysia semua merosot.”
“Jangan bagi orang Melayu, jadi tukarlah kepada orang Cina. Cuba tengok, ada kemajuan. Sebab orang Melayu bagi saya, semua malas dan tahu makan je. Sebab satu hari sembahyang 5 kali. Dia mana ada niat nak uruskan BAM dengan baik”, ujar individu ini.
Kenyataan berbaur perkauman pelatih badminton ini ternyata mendapat perhatian ramai pihak di Malaysia. Menurut seorang individu, prestasi pemain dan pengurusan BAM boleh ditegur, namun mengaitkan semua masalah ini dengan perkauman dan agama adalah sangat tidak wajar.
Ada juga yang meminta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk mengambil tindakan ke atas individu terbabit kerana menimbulkan kekacauan dan mengganggu keharmonian di Malaysia.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
Kredit: AhboyBadminton
BACA: Aaron Chia & Soh Wooi Yik Tewaskan Beregu Indonesia, Genggam Emas Kejohanan Badminton Dunia Di Jepun