in

Pelancong Dari Thailand Kena ‘Ketuk’ RM800 Daripada Photographer KLCC Lepas ‘Tolong’ Ambilkan Gambar

ft tourist kena scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video kini sedang tular di media sosial apabila ada pelancong dari Thailand berdepan dengan pengalaman buruk ketika berada di Kuala Lumpur.

Dalam video tersebut, pelancong itu dikatakan kena ‘umpan’ dengan beberapa individu yang ingin menawarkan perkhidmatan merakam gambar mereka namun akan dicaj mengikut jumlah kepala.


Artikel berkaitan : Pengurus Analisis Rugi RM300,000 Terpedaya Love Scam Warga Amerika Syarikat

Artikel berkaitan : Keluarga Mangsa Nahas UPSI Diuji Apabila Scammer Ubah Butiran Bank Ke Akaun Peribadi

Menurut sumber WORLD OF BUZZ, wanita tersebut mengatakan bahawa pada mulanya dia dan rakan-rakan ingin mengambil foto sendiri namun tidak mendapat hasil yang memuaskan kerana tidak cukup cahaya.

Walau bagaimanapun, seorang jurufoto kemudian mendekati mereka dan menawarkan perkhidmatan ambik gambar serta menjelaskan akan mengecaj RM20 untuk setiap kepala.

“Saya tanya kalau dia ada ambil video sekali tak, tapi dia abaikan saya dan teruskan shoot, mungkin dia nak guna gambar-gambar kami untuk content dia.”

Tak lama selepas itu, seorang lagi jurufoto muncul di mana ia membuatkan wanita ini mula rasa curiga apabila individu tersebut meminta dirinya untuk semak balik harga dengan jurufoto yang sedia ada.

“Sebelum shoot bermula, saya ada tanya lagi sekali sama ada RM20 untuk setiap orang atau kami berdua untuk pengesahan. Apabila kami sampai ke lokasi nak ambil gambar, dia sahkan yang harga RM 20 untuk setiap orang, tetapi waktu itu sesi dah pun bermula.”

Lepas tamat sesi penggambaran, lelaki tersebut dilihat mengira jumlah keseluruhan dan amat memeranjatkan bahawa dia dikenakan caj sehingga RM800 hanya untuk gambar-gambar tersebut yang kelihatan agak ‘biasa’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Supichaya Teeranun (@palmpum)

Kata wanita itu, jurufoto tersebut tiba-tiba ‘pusing cerita’ mengatakan caj RM 20 itu pula untuk setiap foto.

“Dia keluarkan kalkulator dan mula darabkan dengan RM20 mengikut jumlah foto. jumlahnya sampai 6,000 baht. Dia beritahu saya yang saya kena ambil semua gambar ini dan bayar jumlah tersebut. Dia tak benarkan saya pilih gambar-gambar tertentu.”

Katanya lagi, apabila dia enggan membayarnya, jurufoto itu memarahinya kerana sudah bazirkan masanya.

“Kalau awak datang ke Malaysia, pastikan bawa lampu sendiri kalau nak ambil gambar.”

Perkongsian itu telah membuatkan ramai rakyat Malaysia kesal dan malu dengan tindakan jurufoto tersebut dan memohon agar pihak polis ambil tindakan.

Screenshot 2025 07 22 121119 Screenshot 2025 07 22 121144 Screenshot 2025 07 22 121201 Screenshot 2025 07 22 121226

Harap pihak berkuasa dapat bendung kegiatan ini.

Sumber : Instagram, WORLD OF BUZZ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.