in

Pelancong Asing Mandi Di Kolam Air Pancut KLCC Ditahan Polis

Cats 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menara Berkembar Petronas, atau lebih dikenali sebagai KLCC merupakan mercu tanda Malaysia. Buat pelancong asing yang melawati Kuala Lumpur, mereka kebiasannya akan singgah ke KLCC dan membeli-belah di situ.

Mandi di kolam air pancut

Namun, lain pula kisahnya buat seorang pelancong wanita yang tular dalam satu video di media sosial. Menerusi perkongsian seorang individu bernama Hafiz, seorang pelancong wanita dilihat bermandi-manda di kolam air pancut KLCC seolah-olah dia berada di kolam renang.


Lebih menjengkelkan, wanita itu turut menjerit keseronokan tanpa menghiraukan orang sekeliling yang dilihat kebingungan di situ.

1 3 3

Beberapa ketika selepas itu, pihak polis tiba di lokasi dan membawa wanita tersebut ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. Bagaimanapun, wanita tersebut masih kelihatan ceria meskipun sudah ditangkap.

@hafizlazin

🧞Duyung dah kene tangkap😂

♬ kucing mampus – 𝐜ꫀׁׅܻ݊ʷ³ₚ៰⍳٥ˢ

Warganet dakwa kena strok haba

Perkongsian tersebut ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai warganet. Rata-ratanya mengecam tindakan pelancong asing tersebut yang didakwa tidak menghormati peraturan di situ.

Menurut seorang individu, dia turut pernah melihat wanita yang sama menari di dalam pusat beli-belah KLCC sehingga dihalau oleh pengawal keselamatan.

“Ni la yang aku nampak dalam mall KLCC dia joget2 pastu kena halau dengan security , taktahu pula keluar mall tu dia gi berenang”, tulis seorang individu.

Ada juga beberapa individu berseloroh dengan mengatakan wanita tersebut sebenarnya tidak tahan dengan cuaca panas di Malaysia, sehingga perlu menyejukkan badan di situ.

“Dia kena strok haba kot.. tu yang tetiba menggelupor cari air”, tulis individu tersebut.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Kredit: Hafiz Lazin

BACA: Polis Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Dalam Kebakaran Depan KLCC

Capture 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.