Rasanya nama Jenna Ortega sudah tak perlu diperkenalkan lagi selepas populariti pelakon ini melonjak naik selepas membintangi siri Netflix popular, Wednesday sebagai pelakon utama.
Malah, tarian yang dihasilkan sendiri olehnya dalam salah satu babak siri berkenaan menjadi trend yang sangat popular di media sosial TikTok.
Pun begitu, pelakon berusia 21 tahun ini baru-baru ini dikecam hebat selepas memuat naik satu perkongsian ke akaun Twitter rasminya yang menyatakan sokongan kepada Palestin.
https://twitter.com/jennaortega/status/1500518479069339649?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1500518479069339649%7Ctwgr%5E9f155e5db36688f03b20cb07f1fd44470b5e4742%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Fpelakon-utama-siri-netflix-wednesday-dituduh-anti-semitik-oleh-israel-kerana-pertahankan-palestin%2F
“Kita tidak boleh berputus asa dengan rakyat Ukraine, Yaman, Palestin, Kashmir, Iraq, Syria… malangnya senarai ini berterusan,” tulisnya.
Selain itu, Ortega turut ada memuat naik satu tweet yang berbunyi, ‘Dekolonisasi Palestin’ beserta satu link.
Setakat artikel ini ditulis, tweet pelakon yang turut membintangi filem Netflix, The Babysitter: Killer Queen itu menerima ribuan komen yang menyokong tindakan Ortega mempertahankan negara-negara yang ditindas.
Walau bagaimanapun, Ortega telah menerima pelbagai kritikan akibat sokongannya terutama sekali pada Palestin. Sehinggakan ada yang menggelarnya anti-semitik (sengaja menyebarkan kebencian kepada kaum Yahudi)
Times of Israel pula telah membandingkan kenyataan Ortega itu dengan kenyataan Kanye West yang pernah berkata holocaust adalah sebuah propaganda Yahudi.
“Macam mana pelakon Amerika yang disayangi ramai boleh muat naik link kepada satu website yang menyeru agar orang Yahudi kembali menjadi satu kaum yang tanpa negara?
Dia (Ortega) kurang pengetahuan mengenai isu-isu yang berlaku di negara timur tengah.”
Malah, Ortega turut didakwa nampak seperti baik tapi sebenarnya bermasalah.
“Ortega nampak seperti antara orang yang paling menyusun atur tutur kata tapi dia jugalah yang mengeluarkan kenyataan berbaur kejahatan dan merupakan propaganda anti-zionist kepada dunia,”
Dalam pada itu, pelakon berkenaan masih menerima banyak sokongan pengguna media sosial lain. Ramai yang memujinya kerana menggunakan pengaruh dan popularitinya untuk menyebarkan perkara sebenar.
Ramai juga yang mengecam tindakan media Israel yang kelihatan sengaja mengapi-apikan komen Ortega yang mengajak kepada kedamaian.
Sumber: HESPRESS
Baca: Wartawan Israel Dakwa Netizen Malaysia ‘Koyak’ Selepas Insiden Culik Warga Palestin