in

Pelakon Lelaki Dakwa Kurus Kerana Sihir, Rupanya Kuat Ambil Dadah?

Pelakon Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Najis dadah ini bukan sahaja merosakkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan, jika diambil dengan terlalu banyak seseorang individu itu terdedah kepada pelbagai jenis penyakit malah boleh membawa maut.


Terbaru, tular sebuah khabar angin mengenai seorang pelakon lelaki yang dikatakan terjerumus dengan najis dadah.

Menurut sebuah portal hiburan, selebriti ini pernah menjadi bualan ramai kerana berat badannya turun dengan mendadak, pun begitu dia memberitahu bahawa dia terkena buatan orang atau dengan kata lain, sihir.

Whatsapp Image 2021 08 28 At 15.02.37

Difahamkan, oleh kerana pelakon berkenaan mengambil dadah dalam kadar yang tinggi, dia sudah mula hilang pertimbangan sehinggakan berani memukul isterinya dan menjadi kes polis, namun kesnya itu masih belum tersebar di media.

Selain itu, portal tersebut turut mendakwa pelakon berkenaan merupakan ‘biawak hidup’ dan bergantung kepada isterinya yang bekerja dalam sektor kerajaan tetapi sudah berhenti dan kedua-dua mereka kini banyak melakukan review produk sebagai mata pencarian.

Pelakon lelaki itu turut menggunakan alasan ‘disihir’ bagi menagih simpati untuk mendapatkan job.

Dah terdesak macam mana pun, janganlah terjerumus dengan dadah ye…

Baca: “Ingatkan artis Korea tadi” –  Pelakon Projek High Council Diserbu, Peminat Sampai Menjerit-jerit

Projek High Council Ramai Orang Serbu

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.