Pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) sekarang ni ada yang dah mula masuk ke kampus balik. Tak kurang juga yang mencari rumah sewa yang terdekat untuk mudahkan urusan ulang alik.
Pun begitu, ada juga yang terpaksa mengemas semula barang-barang di rumah sewa tanpa pernah tinggal di sana walaupun satu malam kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuat pada tahun 2020.
Seperti satu perkongsian dibuat oleh pelajar IPTA dari Perak yang dikenali sebagai Mandy menerusi akaun Twitternya @M4NDYYYY tentang kejadian yang melanda dirinya semasa mahu mendapatkan semula barang miliknya dari rumah sewa.
i didn't want to tweet this in case my ex housemate wasn't lying or would find my lost items, but it's been two months since i reported it to her and one month since she ghosted me. i tried to be patient but i am angry crying at this point pic.twitter.com/p5cxSQbSko
— m✮ndy ? (@lotusflowvr) March 2, 2022
Difahamkan Mandy telah menyewa rumah atas nama seorang pemandu kereta prebet untuk tempoh 4 bulan tetapi tidak dapat menetap di sana walaupun sekali, sebaliknya hanya sempat untuk meninggalkan barang sebelum PKP dilaksanakan.
first day of uni !! can't believe i have to be a freshman all over again aaa ?? pic.twitter.com/dnP9JPq7h1
— m✮ndy ? (@lotusflowvr) August 6, 2020
Ekoran itu, dia buat keputusan untuk hanya tinggal di kolej untuk kemasukan semester akhir pada Januari lalu. Disebabkan itu, dia menghubungi tuan rumahnya untuk mengambil semula barang miliknya kerana difahamkan tuan rumah itu juga menyediakan servis penyimpanan barang pelajar.
“Barang yang dia hantar kotor gila”
Namun, sebaik saja tuan rumahnya itu menghantar barang-barang miliknya, ia berada dalam keadaan yang kotor dipenuhi dengan habuk, najis cicak dan juga najis tikus. Tambah pula, barang-barang yang hilang itu merupakan barangan berjenama.
“Tapi i tak marah, sebab dah berbulan kan barang i di situ, so of course takkan dalam keadaan bersih seperti hari i pindah barang tu masuk” – Pelajar IPTA
Tak lama lepas itu, gadis ini mula rasa curiga selepas mendapati beberapa kotak barangan miliknya telah pun hilang dan dia segera menghubungi semula tuan rumah menerusi Whatsapp tetapi perbualan mereka mula menjadi tegang.
Bercakap pada Lobak Merah, tuan rumah itu tidak memberi apa-apa maklumat terkini selama sebulan dan dipercayai dia telah menyekat nombor pelajar tersebut. Akhirnya, tuan rumah itu berjaya dihubungi selepas menggunakan nombor telefon ibunya.
surprise surprise, she refused to pay me back for all my lost items + threatened to lodge a police report of me lol
i'd like to see her try, because she has nothing on me, not even defamation. you can't see her face nor phone number in these screenshots. pic.twitter.com/pbyWLGFZhX
— m✮ndy ? (@lotusflowvr) March 2, 2022
Mandy kata, dia bukan saja-saja nak viralkan tapi ini sebagai perkongsian untuk pelajar-pelajar lebih berhati-hati untuk menyewa rumah…
Baca: Nak Kurangkan Kos Sara Hidup, Wanita Sewakan Khemah di Balkoni Rumah RM2K Sebulan Di Switzerland