in

Pelajar Taylor’s University Cipta Produk yang Boleh Dijual dengan DASHING & Enchanteur

photo 4916494 20250123134439

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan melihat tugasan kelas anda menjadi kenyataan sebagai produk yang dijual di seluruh negara. Impian ini menjadi realiti bagi para siswa Taylor’s University apabila DASHING dan Enchanteur bekerjasama dengan Fakulti Media dan Komunikasi yang memberi peluang kepada mereka untuk bersinar.

Selama lebih 14 minggu, para siswa tahun akhir ini melangkah ke dunia pengiklanan sebenar, melayani permintaan klien secara langsung dan membentangkan idea-idea inovatif dalam projek kempen yang praktikal. Bertindak sebagai agensi pengiklanan percubaan, mereka menghasilkan penyelesaian kreatif hingga ke peringkat akhir yang mendebarkan, yang dinilai oleh para peneraju industri.


Konsep yang Menjadi Juara: ‘Blind Box’ untuk Pengguna Muda.

Antara idea yang menonjol adalah kempen kreatif yang dihasilkan oleh enam siswa berbakat – Iris, Mei Jing, Avelyn, Grace, Mung Roo, dan Pei Ni. Mereka diberikan tugas untuk mencipta semula produk Wangian Poket DASHING dan Enchanteur bagi golongan muda. Kumpulan siswa ini memperkenalkan trend ‘blind box phenomenon’ yang sedang popular dalam kalangan generasi Z, memberikan elemen kejutan yang mengujakan dalam pemberian hadiah. Idea inovatif ini mendapat sambutan hangat dan telah direalisasikan dalam Kempen Pemberian Hadiah oleh jenama tersebut, menjadikan ‘blind box’ sebagai pilihan istimewa hadiah romantik bermula Disember 2024 hingga Januari 2025.

“Semangat dan idea mereka yang segar terhadap trend pengguna sememangnya memberikan ispirasi kepada kami. Mereka bukan sekadar memenuhi apa yang kami telah usulkan, malah mereka mentakrifkannya semula,” menurut Devarshi Dalmia, Pengurus Pemasaran DASHING dan Enchanteur. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DASHING MALAYSIA (@dashing_my)

Bimbingan, Usaha Gigih dan Ganjaran Hebat

Para siswa ini menghadapi cabaran dengan semangat yang tinggi, dengan bimbingan dan sumber yang disediakan oleh jenama serta sokongan padu daripada pensyarah mereka. Dedikasi dan kerjasama mereka membuahkan hasil yang membanggakan— bukan sahaja menerima pandangan berharga dalam industri, tetapi juga hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 sebagai pengiktirafan atas kecemerlangan kerja mereka.

“Kerjasama ini merapatkan jurang antara pendidikan dan industri. Dengan kerjasama bersama jenama terkemuka seperti DASHING dan Enchanteur, para siswa kami memperoleh pengalaman dunia sebenar yang mempersiapkan mereka untuk menempa kejayaan dalam pengiklanan dan pengurusan jenama,” Cik Prema Ponnudurai, Ketua Fakulti Media dan Komunikasi di Taylor’s University.

Memperkasa Generasi Inovator Seterusnya

Dalam dunia di mana platform digital sedang menggubah semula landskap pengiklanan, inisiatif ini menonjolkan kepentingan memupuk bakat muda. Dengan menerapkan perspektif baru dan segar, DASHING dan Enchanteur menetapkan penanda aras tentang bagaimana jenama boleh terus ke hadapan dengan bekerjasama bersama para inovator masa depan.

Perkongsian ini menandakan permulaan kepada lebih banyak peluang untuk memperkasa bakat kreatif yang baharu, dengan visi bersama untuk melahirkan pemimpin industri masa depan. Bersama-sama, mereka telah membuktikan bahawa impian boleh menjadi kenyataan—dengan kreativiti, bimbingan, dan sentuhan keberanian.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.