Kecoh di media sosial hari ini apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan 3 di Melaka didakwa telah menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir oleh dua orang pelajar senior di sebuah sekolah menengah di negeri itu.
Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku di dalam kelas di sekolah tersebut pada waktu petang sekitar minggu lalu.
Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 15 tahun telah kembali ke kelas di tingkat tiga bangunan sekolah itu kerana mahu mengambil bahan projek subjeknya yang tertinggal di bilik darjah berkenaan.
Namun, ketika mangsa mahu beredar dari kelas terebut, dia menyedari bahwa terdapat dua orang pelajar lelaki Tingkatan 5 berusia 17 tahun sedang menghendapnya dari celah pintu kelas tersebut.
Mangsa kemudiannya secara tiba-tiba ditarik tangan dan mulut ditutup oleh salah seorang pelajar lelaki itu yang juga suspek kes ini.

Artikel berkaitan: Naim Daniel Muncul Buat Persembahan Selepas Kes Amang Seks*al, Netizen Beri Pelbagai Komen
Artikel berkaitan: Naim Daniel Mengaku Tidak Bersalah Lakukan Amang Seksual, Bayar Ikat Jamin RM12,000
Dua lagi rakan suspek telah turut berada dalam kelas melihat perbuatan terkutuk itu manakala seorang lagi suspek pula mengawal kawasan.
Mangsa telah bertindak merogol mangsa sebelum diperlakukan yang sama oleh suspek kedua.
Kejadian itu terbongkar apabila rakaman video kejadian itu yang dirakam oleh rakan suspek tersebar.
Susulan itu, mangsa telah dibawa oleh ibunya untuk membuat laporan polis.
Mangsa difahamkan sedang berada di Hospital Melaka untuk rawatan, pemeriksaan lajut dan sesi kaunseling kerana mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.
Susulan laporan polis yang dibuat, empat pelajar lelaki yang juga calon peperiksaan SPM difahamkan telah ditahan oleh pihak polis
Setakat ini, kes masih lagi disiasat oleh polis dan kesemua suspek ditahan reman oleh PDRM Melaka selama beberapa hari sehingga 16 Oktober ini.
Sumber: Sinar Harian