in

Pelajar Makan Nasi Lauk ‘Habuk Ayam’ Sahaja Gara-Gara Terpaksa Berjimat

ft pelajar menu rahmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan wujudnya inisiatif menu rahmah, dapatlah meringankan beban mereka di dalam kalangan yang memerlukan.

Namun, ada juga di kalangan mereka yang masih bergelar pelajar berhadapan dengan isu kewangan untuk survive di institusi pengajian masing-masing.


Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan di Twitter yang dimuat naik oleh seorang pelajar, dilihat pelajar itu sedang menjamu selera di sebuah cafe universiti dan telah mendapat perhatian warganet.

https://twitter.com/eb1rah/status/1628240732413894656

“Untuk 5 hari seminggu, saya hanya makan demi mengalas perut. Saya akan membelanjakan RM1 untuk nasi putih+habuk ayam untuk makan tengah hari, untuk malam pula saya akan makan mi segera. Ada juga biskut, telur, dan milo. Pada saya ini sudah mencukupi, tapi tak semua orang boleh buat apa yang saya buat ini. Pelajar tak patut berlapar,” tulisnya di hantaran tersebut.

Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat gambar sebuah pinggan yang berisi nasi putih dan berlaukkan ‘habuk ayam’ sahaja.

Difahamkan, pelajar tersebut hanya diberi duit belanja sebanyak RM100 seminggu dan duit itu termasuk sekali kos perjalanan untuk dia ke unviersiti dan perbelanjaan harian namun, individu tersebut tetap bersyukur dengan wang yang diberi.

FpisUBxacAAikKI

Apa yang mengejutkan netizen adalah, dengan RM1 dia dapat membeli nasi putih dan kerak ayam. Ini telah menimbulkan kebimbangan ramai kerana pemakanan ini dianggap sebagai tidak sihat.

Pada masa artikel ini ditulis, ciapan itu telah mendapat lebih 60K jumlah tontonan dan lebih 500 jumlah likes di Twitter.

Netizen luah rasa bimbang

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan pemakanan tidak sihat yang diamalkan oleh pelajar tersebut namun, ada juga warganet yang baik hati dan sanggup menghulurkan bantuan kepada pelajar itu.

Screenshot 2023 02 23 170256

Semoga menu rahmah dapat diguna pakai dalam cafe di IPT

Baca  : Nasi Kandar RM5? Restoran Hameediyah Bakal Perkenal Menu Rahmah Bulan Depan

cats 23 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.