in

Pelajar Kolej Tunggang Motorsikal Terbabas Maut Dalam Keadaan Bersujud Atas Kubur

Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja ditemui maut dalam keadaan sujud atas kubur pada 17 Mac lalu di Alor Gajah, Melaka.

Mangsa
sumber: berita harian

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam di mana mangsa, Muhammad Faiz Akmal Mohd Radzali, 19 dipercayai hilang kawalan ketika mengambil selekoh lalu terbabas memasuki kawasan perkuburan Islam di Jalan Lendu, Ayer Pa’abas.


Kemalangan itu menyebabkan penuntut Tahap 1 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Penyeliaan dan Operasi Penanaman di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Censor
sumber: the star

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Supt Mohd Sham Abdullah, mangsa yang menunggang motorsikal jenis Yamaha LC dari Ayer Pa’abas ke Lendu terbabas ke kiri jalan ketika tiba di hadapan UCAM.

Mangsa melanggar pagar tanah perkuburan itu menyebabkannya tercampak ke atas kubur di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa ditemui rakan serumahnya di kawasan perkuburan dalam keadaan sedang bersujud. Motorsikal mangsa turut dijumpai di kawasan tersebut, tidak jauh dari mangsa.

Motosikal 1903
sumber: berita harian

Sebelum kejadian, mangsa difahamkan memberitahu mereka untuk keluar membeli mee segera. Menurut rakan serumah, mereka kemudian keluar mencarinya selepas bimbang kerana mangsa tidak pulang-pulang.

Mangsa juga dikatakan baru sahaja pulang daripada membeli nasi bungkus sebelum memberitahu mahu keluar semula untuk membeli mee segera. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Takziah buat keluarga dan rakan-rakan mangsa.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.