in

Pekerja Restoran Nasi Kandar Didenda RM1,500 Gara-Gara Pukul Pelanggan ‘Komplen’ Harga Mahal

Pelanggan dipukul pekerja nasi kandar negeri sembilan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, tular satu video yang menunjukkan pergaduhan yang dipercayai berlaku di sebuah restoran nasi kandar di Negeri Sembilan. Difahamkan kejadian berlaku setelah pekerja kedai tersebut meninggikan suara kepada ibu mangsa selepas wanita tersebut mempertikai harga makanan di kedai berkenaan.

Pergaduhan dikatakan berlaku selepas mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja restoran berkenaan yang telah meninggikan suara kepada ibunya lalu berlaku pertikaman lidah sebelum mangsa telah ditumbuk oleh salah seorang pekerja lain di restoran berkenaan.


Terbaharu, pekerja restoran tersebut telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan kerana mendatangkan kecederaan kepada pelanggan.

Screenshot 3 horz

Pekerja restoran tersebut turut mengakui kesalahannya dalam insiden pada awal pagi 5 Mei berkenaan dan seterusnya didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh difahamkan telah bertindak untuk menumbuk pelanggan lelaki yang  berusia 30 tahun tersebut sebelum pergaduhan dileraikan oleh pekerja dan pelanggan lain.

Klip video berdurasi 1.41 minit yang dirakam ketika kejadian itu turut tular di media sosial yang dipercayai telah dikongsikan oleh mangsa sendiri di dalam ciapan berantai di Twitter selain mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

Terdahulu, mangsa difahamkan telah pun membuat laporan di Balai Polis Bahau pada pukul 2.31 pagi selepas kejadian tersebut dan mendakwa telah ditumbuk oleh seorang lelaki semasa berada di kaunter bayaran restoran berkenaan.

Baca : “Nasib baik ramai tolong” – [VIDEO] Budak 7 Tahun Hampir Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah

BUDAK SEKOLAH HAMPIR DICULIK

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.