Seorang lelaki berusia 20 tahun dilaporkan telah maut akibat terhentak kepala pada tayar besar yang meletup ketika tayar tersebut diisi angin di sebuah kedai tayar di Keningau beberapa hari lalu.
Memetik laporan Buletin TV3, mangsa, Arizal Etin merupakan pekerja di kedai tayar terbabit.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira pada jam 4 petang pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: “Macam manalah tak terbabas” – Netizen Bengang Sikap Pemandu Lori, Ukir Bunga Tayar Sendiri
Artikel berkaitan: ”Demo bawak nyawo” – Pemandu Lori ‘Sound’ Pemandu Bas Sebab Pandu Melulu
Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian iaitu di kedai tayar berkenaan kerana mangsa dilaporkan mengalami keparahan pada bahagian kepalanya.
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh kamera CCTV dan rakaman CCTV mendedahkan bahawa mangsa ketika itu sedang mengepam angin pada sebuah tayar.
TIba-tiba, ia meletup dan kepala mangsa terkena hentakan tayar tersebut.
Sumber: Buletin TV3