Susulan dengan insiden banjir yang berlaku pada hujung minggu lalu, banyak pihak yang tampil menyalurkan bantuan, tidak lupa juga syarikat-syarikat gah yang bersedia bantu meringankan beban mangsa.
Nampaknya isu ini telah meraih perhatian di luar negara termasuk lah Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Apple Inc, Tim Cook, lebih terharu lagi, beliau sendiri mahu bantu beri sumbangan kepada mereka.
Banyak keluarga yang telah alami kehilangan.”
Menerusi laman Twitter peribadinya, Tim Cook menzahirkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa bencana alam dari Malaysia dan Filipina.
Oleh sebab itu, beliau berbesar hati ingin memberikan sumbangan dan barang keperluan serta pemulihan pembangunan di dua negara ini.
Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH
— Tim Cook (@tim_cook) December 21, 2021
“Taufan Rai telah mengakibatkan kemusnahan yang bukan sedikit di Filipina dan Malaysia. Banyak keluarga yang telah alami kehilangan. Apple akan menyumbang bagi meringankan beban, membaik pulih dan berusaha untuk membantu pembangunan jangka panjang.”
Terharu dengan keprihatinannya, tweet yang telah meraih lebih daripada 13K jumlah perkongsian dalam masa sehari ini telah menarik perhatian netizen dari kedua-dua buah negara ini, rata-rata mengucapkan terima kasih dan terharu dengan beliau.
Baca : Pemakai Mahu Saman Apple, Dakwa Apple Watch Boleh Akibatkan Kecederaan Serius

