Untuk korang yang biasa ke pasar raya untuk membeli barangan dapur, pastinya korang akan perasan di bahagian beras yang hanya ada pek 5 kilogram atau 10 kilogram yang tersedia. Namun jika ke kedai runcit atau di sesetengah kawasan, masih ada yang menjual dalam kuantiti sedikit dan mengikut berat.
Selepas ini, nampaknya pengguna akan ada pilihan lain iaitu pek beras satu kilogram yang difahamkan akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan tak lama lagi.
Menurut Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras Azman Mahmood, inisiatif tersebut bakal membolehkan orang ramai untuk mendapatkan beras dengan harga yang rendah kerana pek 1kg beras itu akan dijual pada RM2.60.
Inisiatif ini sudah pasti melegakan ramai yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bekalan kerana dipasaran hari ini, hanya terdapat pek 5 kilogram dan 10 kilogram dan difahamkan, pengeluaran pek beras sekilogram itu merupakan inisiatif Kawal Selia Padi dan Beras (KPB) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
“Ketika pandemik Covid-19, kita mendapati ada dalam kalangan rakyat yang terkesan dan sukar mendapatkan beras”
Menurut Azman lagi, perkara tersebut diputuskan dalam satu mesyuarat antara ketua-ketua pengarah KPB seluruh negara dan inisiatif ini bakal membolehkan pengguna mendapatkan beras pek sekilogram di pasar raya mahupun kedai runcit seluruh negara.
Tambahnya lagi, pek beras sekilogram tersebut mengandungi campuran beras tempatan dan import dan akan dilancarkan bersama beras wangi tempatan di bawah program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dalam masa terdekat.
Baca : Pelanggan Di Kedai Ini Boleh Dapat Makanan Percuma Kalau Berjaya Jawab Soalan Matematik