in

Pejabat LHDN Shah Alam Mula Beroperasi Di Menara HASiL 1 April

Ft Lhdn New Office

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Shah Alam akan beroperasi di Menara HASiL Shah Alam, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14 berkuat kuasa 1 April 2026 nanti.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan LHDN, pejabat HASiL Shah Alam, Selangor yang kini beroperasi di Bangunan Plaza Perangsang akan ditutup sepenuhnya mulai 30 Mac 2026 bagi membolehkan proses perpindahan ke lokasi baharu.


Screenshot 2026 03 26 100444

“Waktu operasi kaunter perkhidmatan di premis baharu ialah dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang Isnin hingga Jumaat melibatkan Kaunter Setempat, Kaunter Duti Setem serta Kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK),” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Hasil Contact Centre (HCC) menerusi talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara), menggunakan perkhidmatan HASiL Live Chat atau mengemukakan maklum balas melalui portal rasmi HASiL.

Sumber: LHDN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.