in

Peguam Saran Netizen Henti Buli Siber Hattan, Hinaan & Cacian Salah Di Sisi Undang-Undang

Ft Peguam Sarankan Netizen Hattan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan isu ‘sekolahkan’ pembaca berita dalam dalam satu sesi live di stesen televisyen baru-baru ini, keluarga Hattan turut terkena tempias dari warganet.

Tak cukup dengan hinaan dan cacian, isteri Hattan melalui akaun Instagramnya mendedahkan mereka turut menerima ugutan bunuh dan sihir.


Menerusi Instastorynya, Datin Arianie Abidin berkongsi beberapa screenshot DM daripada orang ramai yang antaranya mengugut bunuh dan menghantar sihir kepada dirinya sekeluarga.

Image 878X1536.Png

Difahamkan, Arianie selaku pengendali akaun instagram suaminya, menjelaskan tujuannya meletakkan mod private akaun milik Hattan adalah untuk mengelakkan orang ramai dari menambah dosa dengan terus menulis komen berunsur kecaman.

Screenshot 14 1

Screenshot 15

Pandangan dari seorang peguam

Susulan kes terbabit, peguam, Nurul Hafidzah Hassan berpendapat tindakan ugutan kepada Datuk Hattan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia dianggap salah di sisi undang-undang.

Hafidzah turut menjelaskan, mana-mana pihak yang melakukan ugutan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 506 kerana ia boleh mendatangkan ketakutan dan mengancam terhadap individu terbabit.

125503669 402057267799401 7198001393077673063 N

“Jika sesuatu ugutan itu mendatangkan ketakutan kepada nyawa, harta benda kepadanya, mangsa perlu membuat laporan polis dan siasatan akan dilakukan untuk membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan.”

“Sebab ugutan ini sememangnya benda tak betul dan tak boleh dilakukan walaupun menggunakan akaun palsu,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai isu itu, Hafidzah memberitahu bahawa tindakan menghina seseorang itu salah di sisi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233.

Pada masa yang sama, Hafidzah menegaskan bahawa dia sememangnya berasa tidak senang dengan warganet yang suka melakukan buli siber terutamanya dari mereka yang hanya berani bersembunyi sebalik akaun palsu.

Menurut Hafidzah, kedua-dua pihak harus mengeluarkan satu kenyataan untuk meredakan isu ini sekali gus menghentikan buli siber dari terus berlaku.

Sumber : Kosmo!, mStar, Instagram (@arianie47)

Baca : “Datuk Hattan patut belajar dari pro” – Selamatkan ‘Air Muka’ Wartawan, Zahid Hamidi Dipuji Netizen

Wartawan Puji Zahid Betulkan Bagan Datuk 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.