in

Peguam Jelaskan Bagaimana Pasangan Curang Boleh Didakwa Dalam Konteks Undang-Undang Syariah

fi curang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu curang antara pasangan suami isteri masa kini dah jadi satu isu yang normal berlaku dalam kalangan masyarakat kita kan?

Macam-macam faktor yang boleh mengakibatkan berlakunya perbuatan curang ni. Tapi yang menjadi persoalan ramai ialah, boleh tak suami/isteri mendakwa pasangannya yang curang?


Bagi menjawab persoalan ini, seorang peguam Hafidzah Hassan telah berkongsikan penjelasan bagi isu ini dari sudut undang-undang syariah, melalui media sosial Twitter peribadinya semalam.

Menurut thread Hafidzah ini, sebelum menyatakan boleh atau tidak untuk mendakwa pasangan yang curang, korang kena check dulu sama ada:

  • Ia melibatkan isteri/suami,
  • Istilah curang ini adalah curang dengan cara mempunyai kekasih; atau,
  • Curang sehingga membawa ke perlakuan zina; atau,
  • Curang dan mempengaruhi pasangannya supaya menceraikan; atau,
  • Curang yang menyebabkan mengabaikan tanggungjawab terhadap pasangan dan keluarga, nafkah zahir dan batin

Macam mana nak buat dakwaan?

  1. Kita perlu membezakan antara pendakwaan (yang dibuat oleh pendakwa syarie) dengan tindakan menuntut hak melalui tindakan saman.
  2. Bagi kes curang yang menjadi jenayah syariah pula, pihak yang terkesan boleh menfailkan aduan di mahkamah syariah dan pendakwa syarie akan membuka kertas siasatan, seterusnya membuat pendakwaan di mahkamah.
  3. Manakala, bagi kes-kes curang yang tidak melibatkan hal jenayah pula, tuntutan syariah boleh dibuat seperti memfailkan permohonan nusyuz, cerai dan sebagainya.

Akta untuk pasangan yang curang boleh didakwa

Berikut merupakan antara akta untuk pasangan curang yang boleh didakwa menurut peguam Hafidzah:

  1. Seksen 43. Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 Pahang. Menganggu rumah tangga orang lain (hanya terpakai di Pahang).
  2. Seksyen 37. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri (Wilayah Persekutuan Putrajaya, Labuan dan Kuala Lumpur)
  3. Seksyen 38. Menghasut suami/isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
  4. Enakmen 9 Tahun 1995, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 Bahagian V– Kesalahan Pelbagai, Seksyen 34. Menghasut suami/isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.
  5. Seksyen 498 kanun keseksaan.
  6. Seksyen 34 kanun keseksaan. Menghasut suami/isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Tindakan yang perlu dilakukan oleh oleh suami/isteri yang mendapati pasangannya curang

Berdasarkan undang-undang di atas, konteks yang digunakan oleh mahkamah syariah berkenaan gangguan orang ketiga yang menghalang, memaksa, memujuk, menghasut pasangan seseorang untuk bercerai dan/atau mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga, dan menghalang mereka hidup sebagai suami isteri adalah satu jenayah syariah.

Jadi, memandangkan persoalan yang diajukan kepada peguam ini adalah isu curang, maka dalam konteks ini ia merangkumi suami/isteri yang curang itu tidak ada apa-apa dakwaan ke atasnya melainkan kekasihnya tadi dilaporkan kepada pendakwaan syarie sebagai orang yang menghasut, memaksa, menghalang dan memujuk suami/isteri tadi untuk tidak hidup sebagai suami isteri, menyuruh bercerai dan menyuruh mengabaikan suami/isteri dan keluarganya.

Menurutnya lagi, orang ramai selalu beranggapan hanya orang ketiga yang menyebebakan curang sahaja boleh didakwa sedangkan ia boleh juga merangkumi mana-mana pihak yang memaksa, menghalang, menghasut /atau memujuk termasuk ibu bapa, ipar duai, adik beradik, sahabat, dan sesiapa sahaja.

Bagi lelaki yang melarikan isteri orang pula, mereka boleh dihukum di bawah kanun keseksaan. Pun begitu, isteri yang melarikan suami orang tiada sebarang peruntukan serupa.

Bagi perkahwinan sivil di bawah Law Reform Marriage Act 1976, isteri/suami yang terkesan boleh menyaman pihak ketiga untuk ganti rugi yang menyebabkan pihak-pihak mengalami keretakan rumah tangga dan bercerai. Pun begitu, tiada peruntukan serupa bagi pasangan yang beragama Islam.

Kalau korang nak baca lebih detail, korang boleh baca thread daripada peguam Hafidzah ni dekat link ni.

Baca: Tindakan Lelaki Ugut Isteri Pregnant Guna Lafaz Cerai Undang Teguran Dari Peguam

baca cerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.