in

Pegawai Perubatan Ini Jelaskan Penyakit Endometriosis Yang Kaum Hawa Wajib Tahu!

Fi Endometriosis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan korang mesti dah tahu tentang bahaya penyakit cyst yang jadi mimpi ngeri buat kaum hawa ni kan? Tapi, korang pernah dengar tentang penyakit endometriosis?

Satu perkongsian mengenai penyakit ini telah dijelaskan oleh seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak di laman Twitter peribadinya.


Menurut beliau, penyakit endometriosis ini dikatakan sebagai satu ‘penyakit hantu’. Kenapa ia dikatakan sebagai penyakit hantu? Ini penjelasannya…

Apa itu penyakit endometriosis?

Menurut Dr Izzat, endometriosis merupakan satu keadaan di mana terdapat tisu yang menyerupai lapisan rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di sekitar rahim, ovari dan tiub fallopian. Satu dalam kalangan 10 orang wanita berpotensi mengalaminya kerana penyakit ini dikatakan sangat biasa ditemui.

Endometriosis

Di samping itu, penyakit ini juga merupakan satu penyakit keturunan. Jadi, kalau ibu atau adik beradik perempuan korang ada penyakit endometrosis ni, kebiasaannya korang pun berpotensi juga untuk ada penyakit ini.

Apa risiko penyakit ini?

Penyakit endometriosis ini dikatakan akan mempengaruhi kesihatan reproduktif wanita selain boleh menimbulkan kesan jangka panjang pada kesihatan emosi dan aktiviti harian seseorang wanita.

Apa simptom-simptom endometriosis?

Menurut Dr Izzat lagi, simptom biasa yang dialami pesakit termasuklah sakit pada bahagian pelvis, atau haid tidak teratur. Bagi yang dah berkahwin pula, mereka berpotensi untuk mengalami kesakitan ketika membuat hubungan seks dan sesetengahnya juga berisiko mengalami masalah kesuburan.

Di samping itu, ada juga yang mengalami sakit di bahagian usus, pundi kencing, bahagian belakang peha atau sebahagian kaki. Pun begitu, ada juga pesakit yang tidak mengalami apa-apa simptom langsung.

Woman With Abdominal Pain 732X549 Thumbnail 0 732X549 1

Dikatakan sakit disebabkan endometriosis ini lazimnya berlaku dalam corak atau pola yang sama iaitu sakit teruk sebelum atau semasa datang bulan. Ada segelintir wanita yang mengalami sakit setiap masa tetapi ada juga yang sakitnya datang dan pergi.

Apa pula puncanya?

Dikatakan sebab sebenar penyakit ini masih lagi tidak diketahui. Disebabkan itulah ia dipanggil sebagai ‘penyakit hantu’ kerana masih belum ada yang faham punca sebenar penyakit endometriosis ini berlaku.

Walau bagaimanapun, tisu atau sel endometrium yang berada di luar rahim akan memberikan respon yang sama seperti dinding rahim terhadap perubahan hormon yang berlaku pada setiap kitaran haid. Jadi, jika berlakunya luruhan dinding rahim pada setiap kitaran haid, perkara yang sama juga akan berlaku pada sel-sel tisu rahim yang berada di luar rahim itu.

Pendarahan yang berlaku itulah akan menyebabkan sakit, inflamasi, pembentukan parut dan seterusnya merosakkan organ-organ dalam pelvis.

5 Kawasan yang boleh terjadinya endometriosis

  • Ovari
  • Dalam peritoneum (lapisan yang menyelaputi pelvis dan abdomen)
  • Tiub fallopian
  • Pada rahim, belakang atau sekitar kawasan rahim
  • Kawasan antara vagina dan rektum

Disebabkan penyakit ini mempunyai simptom yang berbeza terhadap seseorang individu dan boleh menyerupai sakit yang disebabkan oleh penyakit-penyakit lain, agak sukar untuk ia ditentukan oleh pegawai perubatan dan memerlukan pesakit untuk menjawab beberapa soalan dan jalani ujian saringan.

Apapun, dapatkan nasihat dan rawatan daripada pakar kalau korang ada alami simptom seperti yang dijelaskan. Kalau korang nak tahu lebih details tentang penyakit ni, korang boleh baca thread dekat Twitter Dr Izzat ni okay?

Baca: “Belum kahwin tapi macam pregnant 5 bulan”- Ingat Buncit Biasa, Gadis Terkejut Hidap Kanser Ovari Gara-gara…

Baca Cyst

Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.