Sudah semestinya apabila kita pulang ke tanah air, kita mengharapkan diberi layanan yang baik dan disambut dengan senyuman.
Namun berbeza dengan kisah Gillian Benjamin yang mendakwa seorang pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memberi layanan yang buruk kepadanya dan keluarga. Lebih teruk lagi, pegawai itu dikatakan menjerit pada kedua ibu bapanya.
Gillian serta keluarganya tiba di KLIA sekitar jam 5.30 petang. Ketika melalui pemeriksaan pasport di kaunter Imigresen, pegawai wanita yang bertugas di Kaunter 33 secara tiba-tiba menjerit pada ibu bapanya.
“Memakai uniform, begini ke cara awak mewakili department dan negara anda?”
Pada jarak yang sangat dekat (depan-depan je), pegawai itu menjerit dengan kuat:
“HELLO! GO TO COUNTER 31!! EH! HELLO! COUNTER 31!! 31!!”
Gillian kemudian menegur pegawai itu. Katanya, pegawai itu sepatutnya cakap elok-elok dan tidak menjerit pada ibunya. Mereka diiring oleh seorang pegawai lelaki ke kaunter “Malaysian Passport” yang dijaga wanita itu.
Seorang lelaki bernama Qhal yang turut bersama Gillian dan ibu bapanya kemudian menegur tindakan pegawai wanita itu. Tahu apa yang dikatakan?
“Habis kalau Cina you boleh marah la, you racist la?”
Tidak suka ditegur begitu, pegawai wanita itu terus memberikan layanan yang tidak menyenangkan.
“Orang tegur baik-baik, jangan kurang ajar cakap elok-elok sikit”
Gillian menerusi status Facebooknya mempersoalkan tindakan pegawai itu yang dianggap tidak wajar:
“Apa kena mengena dengan cara saya berpakaian? Singlet dan seluar pendek? Apa kena mengena Cina dengan cara awak menjerit pada warga emas dan OKU? Awak racist lah? Adakah anda semua percaya semua ini? Memalukan!!!”
Semua (kakitangan lain) yang berada di situ hanya melihat dan tidak bertanya kepada mereka apa yang berlaku.
“Apa awak ingat disebabkan awak memakai uniform, kami takut dengan anda? Walaupun awak ugut Qhal untuk mengambil no passport”
Mereka pada mulanya mahu memberi no passport tetapi dengan syarat pegawai wanita itu memberitahu mereka namanya. Tetapi pegawai wanita itu tidak bersetuju.
P/S: Tak kira apa status kita, berbudi bahasa patut diamalkan semua. Budi bahasa budaya kita 🙂