in

“Pecahkan pintu kaca guna besi dumbel” – Lelaki Mengamuk Lepas GF Tak Nak Teruskan Hubungan

Syaz Ft 2024 09 27T104220.109

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada masanya, sesebuah hubungan percintaan itu tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu.

Terbaru, seorang lelaki berusia 31 tahun naik berang apabila kekasihnya yang berusia 24 tahun memutuskan untuk tidak meneruskan hubungan mereka.


Artikel berkaitan: “Mangsa diikat…” –  Remaja 13 Tahun Mengaku Tak Bersalah Bunuh Teman Wanita Sebaya

Artikel berkaitan: Bekas Kekasih Mengaku Benam Kepala Anak Pelakon Indonesia Dalam Kolam Kerana Ingin Ajar Teknik Pernafasan

Menurut laporan Harian Metro, lelaki itu bertindak mengugut dan menceroboh dengan cara memecahkan pintu kaca rumah bekas kekasihnya itu, difahamkan mereka sudah tiga bulan berkenalan.

Cats 21

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian 1.30 tengah hari, 18 September lalu itu, suspek menceroboh rumah keluarga wanita itu dan membaling batu ke arah tingkap bilik mangsa.

Suspek kemudian memasuki rumah itu dengan memecahkan pintu kaca di belakang rumah menggunakan besi dumbel kemudian ke ruang tamu sambil menjerit nama wanita terbabit.

“Mangsa masuk ke biliknya dan menyembunyikan diri di dalam tandas sambil menghubungi polis, pada masa sama suspek menggunakan besi dumbel cuba memecahkan pintu bilik itu tetapi tidak berjaya.

Suspek kemudian menyelinap masuk ke bilik itu melalui balkoni dengan memecahkan tingkap bilik dan mengugut mangsa sebelum beredar,” katanya.

Reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427, Seksyen 448 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.