in

“Pecahkan pasu, baling selipar” – Warga Palestin Mengamuk, Buat Kecoh di Wisma Transit?

Warga Palestin Mengamuk Buat Kecoh Wisma Transit

Tular di media sosial memaparkan sekumpulan warga Palestin dilihat mengamuk dan membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) hingga menyebabkan beberapa kerosakan di premis itu.

Menurut laporan Majoriti, warga Palestin itu bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati, berpunca daripada tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar premis berkenaan.

Wanita tersebut kemudian bertindak di luar kawalan dengan membuat kecoh di hadapan Balai Pengawal Wisma Transit, ditemani oleh ahli keluarga dan beberapa rakan.

Artikel berkaitan: “Mereka mahu kembali ke tanah air” – Menteri Pertahanan Maklum Tiada Misi Kedua Rawat Rakyat Palestin Di Malaysia

Artikel berkaitan: “Saya takkan lupa…” – Lelaki Ini Terharu Peniaga Malaysia Enggan Terima Bayaran Sebab…

Dalam rakaman tular itu, kelihatan seorang wanita warga Palestin bertudung merah jambu mengamuk dengan bertindak menendang perhiasan di lobi Wisma Transit, mengakibatkan perhiasan pecah.

Menurut sumber, ketika pasukan keselamatan cuba meredakan keadaan, salah seorang daripada mereka membaling selipar ke arah pegawai bertugas.

Tindakan wanita yang mengamuk dalam video itu tidak hanya mencetuskan kekecohan tetapi juga perang mulut antara dirinya dengan pengawal keselamatan.

Katanya, wakil Kedutaan Palestin juga turut hadir serta cuba menyuraikan kekecohan tetapi tidak berjaya.

Insiden yang berlaku pada 2 Oktober sekitar 6.15 petang itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia.

Sumber: Majoriti, X