in

Pearly-Thinaah Naib Juara Terbuka Korea, Tewas Di Tangan Tuan Rumah

Pearly-Thinaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beregu kebanggaan negara, Pearly Tan-M.Thinaah menamatkan cabaran dalam Terbuka Korea di tempat kedua setelah tewas dengan gandingan Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong dari Korea Selatan, sebentar tadi.

Pearly-Thinaah tewas dengan mata 21-12, 21-11, sekali gus gagal meraih gelaran pertama mereka bagi musim ini dan meneruskan kemenangan yang telah dibawa oleh beregu campuran negara.


Sebelum itu, pasangan Pearly-Thinaah telah mengejutkan wakil tuan rumah yang juga beregu di ranking kedua dunia, Baek Ha Na-Lee So Hee dengan kemenangan 21-18, 21-13 pada separuh akhir.

Artikel berkaitan: “Tanpa awak saya tiada di sini” – Thinaah Kongsi Penghargaan Buat Pearly Tan, Netizen Pun Terharu!

Artikel berkaitan: “Saya cukup memahami betapa peritnya sebuah kegagalan” – Datuk Nicol David Titip Kata-kata Semangat Buat Pearly Tan & M Thinaah

Pearly-Thinaah
Pearly-thinaah terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Difahamkan, pasangan tersebut kini berada di ranking kesembilan dunia.

Sebelum ini, media melaporkan, beregu campuran negara Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya meraih gelaran juara Terbuka Korea 2024.

Ini merupakan kali pertama Tang Jie-Ee Wei muncul juara di kejohanan berstatus Super 500 selepas muncul naib juara Masters Thailand 2024 (Super 300) dan Terbuka Switzerland 2024 (Super 300).

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.