Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang seorang pemandu bas sekolah yang memuat naik kandungan video yang memaparkan tindakan kurang sopan ke atas murid perempuan yang menaiki bas sekolah yang dipandunya.
Seorang pemandu bas sekolah di Los Angeles, Amerika Syarikat pula telah dipuji netizen di TikTok dan platform X kerana meskipun berkongsikan video tentang pekerjaannya sebagai seorang pemandu bas, namun kandungan videonyo dilihat menitikberatkan privasi kanak-kanak yang menggunakan perkhidmatannya.
@thenoemurillo Yes I got paid to sail a boat ⛵️ #schoolbusdriver #buslife #cdl #dayinmylife #losangeles #kayak #fypage #asmr #vlog
Artikel berkaitan: “Dia budak baik” – Peguam Dakwa Abang Bas Tak Tahu Maksud ‘Crush’
Artikel Berkaitan: Kes Abang Bas, Menteri KPWKM Dah Bersedia Jika Ada Pihak Nak Saman
Dalam video tersebut juga, pemandu bas itu, Neo Murillo dilihat turut melaksanakan pemeriksaan terhadap keselamatan bas seperti memeriksa brek bas dan tayarnya sebelum memulakan pemanduan.
Video pemandu bas Amerika Syarikat itu kemudiannya telah dibandingkan dengan content Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Sumber: TikTok @thenoemurillo