Beberapa orang dari pasukan penyelamat dilaporkan berhadapan situasi cemas apabila mereka menerima ancaman dan tembakan semasa membantu mangsa banjir di wilayah Songkhla.
Memetik laporan sumber, kejadian ini berlaku di ‘Area 8’ yang dilaporkan antara kawasan yang terjejas teruk sehinggakan penduduk terputus bekalan makanan dan air bersih.
Artikel berkaitan : “Malu dengan orang Thai” – Sukarelawan Terkilan Dengan Sikap Buruk Segelintir Rakyat Malaysia Ketika Terkandas Di Hatyai
Artikel berkaitan : Tular Ibu Tak Layan Permintaan Anak, Fizi Woo Berbesar Hati Nak ‘Belanja Baju’ Buat Adik Umar
Mangsa banjir bagi tembakan kepada pasukan penyelamat
Pasukan penyelamat dari seluruh Thailand telah dikerahkan ke selatan negara itu bagi membantu usaha menyelamat di wilayah Songkhla namun, mereka berdepan dengan cabaran di lapangan.

Ketegangan itu berlaku pada Selasa lepas apabila seorang sukarelawan dari Surat Thani mendakwa ada seorang lelaki bertindak melepaskan 3 das tembakan ke udara untuk menakutkannya.
Bagaimanapun, insiden lebih serius dilaporkan pada malam Rabu apabila Yayasan Penyelamat San Kampaeng dari Chiang Mai yang terpaksa membatalkan operasi selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan lebih 20 tembakan ke arah bot mereka.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan mahupun sebarang kematian berlaku.
Sekadar info, banjir yang melanda sejak Isnin telah menenggelamkan 10 wilayah selatan termasuk Surat Thani, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat.
Sumber : Sinar Harian
