in

Pasport Malaysia Duduki Tangga Ke-14 Paling Berkuasa Di Dunia

Passport Malaysia Paling Berkuasa Ke 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Percaya atau tidak, hasil kajian dari Indeks Sekatan Visa Henley & Partners 2023 mendapati pasport Malaysia telah dipilih sebagai pasport ke-14 paling berkuasa di dunia.

Pasport Malaysia juga menduduki tangga kedua di Asia Tenggara dengan jumlah akses ke 179 negara di belakang Singapura yang mempunyai akses ke 192 negara.


8

Indeks yang diperoleh berdasarkan data sulit daripada Persatuan Pengangkutan Udara  Antarabangsa (IATA) ini juga menyenaraikan Jepun sebagai negara yang mempunyai pasport paling berkuasa dan diikuti oleh Singapura dan Korea Selatan di tempat kedua dan Jerman serta Sepanyol di tempat ketiga.

323422510 1231687484087967 4919556877180481328 N

Manakala negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di tangga ke-15 di bawah Malaysia.

Selain itu, negara-negara yang berada di tangga terbawah datang dari negara yang di sekitar Teluk Arab dengan latar belakang yang sedang bergolak.

Afghanistan menduduki tangga terakhir ranking dengan hanya memiliki akses kepada 27 negara sahaja yang boleh dimasuki secara Bebas Visa.

Kajian yang dibuat ke atas 199 negara ini telah dianggap sebagai satu rujukan ‘standard’ untuk warga global dan negara berdaulat apabila menilai kedudukan pasport dalam spektrum mobiliti global.

Indeks Pasport Henley juga merupakan indeks kedudukan pasport serata dunia mengikut bilangan negara yang boleh dikunjungi oleh pemegangnya secara Bebas Visa dan Visa ketibaan.

Baca: “Kami sudah tinggalkan Malaysia” – Pasangan Rusia Minta Pihak Berkuasa Berhenti Menjejaki Mereka

Russian

Sumber: Travetopia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.