in

Parlimen Akan Bahas Isu GISB 15 Oktober Ini – Menteri Dalam Negeri

2Gisb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan isu mengenai Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) akan dibentangkan untuk perbahasan Dewan Rakyat.

Persidangan Rakyat akan bermula ada 14 Oktober depan dan perkara mengenai GISBH akan dibentangkan pada hati kedua persidangan.


Screenshot 2024 10 13 At 1.38.53 Pm

Memetik laporan Astro Awani, Saifuddin berkata parlimen adalah platform yang sesuai bagi rakyat mendapatkan maklumat dan perkembangan mengenai GISB secara sahih.

Beliau turut mengakui isu berkaitan GISBH ini sangat dominan dan menarik minat rakyat Malaysia untuk mengetahuinya. Perbahasan di Parlimen yang dijangka pada 15 Oktober ini bagi membincangkan isu GISBH adalah jalan terbaik pihak kerajaan berkongsi langkah-langkah yang sedang diambil berkenaan isu ini.

Screenshot 2024 10 13 At 1.38.33 Pm

Untuk rekod, Op Global telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama jabatan dan agensi kerajaan lain pada September. Dalam operasi itu pihak berkuasa telah melakukan serbuan ke atas 20 rumah alam di Selangor dan Negeri Sembilan.

 

Baca: Masih Amalkan Aurad Muhammadiah, Pahang Fatwakan GISBH Sesat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.