in

Parking Khusus Untuk ADUN, Altimet Lepaskan Lot Di Pejabat Tanah Hulu Langat

3altimet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh di X apabila seorang pengguna platform itu yang seakan-akan kecewa dengan tindakan Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat menyediakan parking khusus kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Selangor.

Dalam tweet @rezarazali itu, difahamkan, ada lebih kurang 10 parking yang dikhususkan kepada ADUN dan perkara itu menyusahkan orang awam dan warga emas yang ingin berurusan di situ kerana terpaksa meletakkan kenderaan jauh dari pejabat.


https://twitter.com/rezarazali/status/1715183558984364190

Artikel berkaitan: “Hakmilik rakaman 100% pada saya” – Altimet Jawab Persoalan Netizen Isu Jumlah Bayaran Lagu ‘Hoi-hoi Ya Hoi’

Artikel berkaitan: “Bagi dia masa” – Netizen Puji Altimet, Tetap Back Up Baddrol Bakthiar Walaupun Lain Parti

Terpanggil untuk membincangkan perkara itu, bekas penyanyi rap yang kini bergelar ADUN Lembah Jaya, Altimet, dengan rela hati melepaskan lot parking yang dikhususkan untuk kepada kerusi Kerajaan Negeri Selangor yang disandangnya itu.

Screenshot 2023 10 21 at 3.11.22 PM

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman berkata, beliau setuju dengan apa yang dimuatnaik oleh pengguna X itu dan melepaskan lot parking itu untuk kegunaan umum.

Dalam apda itu, beliau juga turut menambah yang beliau sanggup berjalan kaki sejauh 50 meter sekiranya berurusan di Pejabat Daerah & Tanah Hulu Langat.

Screenshot 2023 10 21 at 3.09.36 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.