Isteri pertama pempengaruh media sosial Boss Kay iaitu Nooraini mendedahkan anak lelakinya menangis kerana rindukan kasih sayang seorang bapa.
Namun, hasrat itu terpaksa dilupakan kerana Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abd Aziz didakwa telah menyekat nombor telefon mereka mengakibatkan budak lelaki itu tidak dapat menghubunginya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Nooraini menyatakan dia tidak kisah jika Boss Kay menyekat nombor telefonnya namun bukan terhadap anak mereka kerana mereka belum cukup memahami situasi sebenar.
https://www.tiktok.com/@nooraini_noni/video/7252370777931074818
“Saya okay kena block tapi anak-anak tak faham. Dia tetap cuba. Dia kata tak apa, dia nak cuba mana tahu papa baca,” tulisnya
Dia juga mendakwa anak perempuan mereka yang bernama Anzalna turut dikatakan sering demam kerana terlalu rindu dengan bapa mereka.
Ujarnya, dia sudah berusaha untuk menemukan anak-anak dengan bapa mereka namun gagal. Tambahnya lagi, status perkahwinan mereka masih menjadi tanda tanya kerana lelaki itu tidak hadir ke prosiding mahkamah walaupun tarikh sudah ditetapkan sebanyak dua kali.
Sebelum ini, kemelut rumah tangga Boss Kay dengan bekas isteri kedua, Cik Pia menjadi bualan netizen susulan beberapa isu pengabaian.
Difahamkan, Boss Kay kini telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengacara, Tash Yong pada Ramadan lalu di luar negara dan bakal mengadakan majlis resepsi pada November depan.
Harap Boss Kay bagi penjelasan kalau benar dakwaan ini…
Baca: Nafi Lafaz Cerai Ketika ‘Live’ TikTok, Boss Kay Dakwa Cik Pia Tularkan Video Peribadi