in

Panggil Keluarga Pesakit ‘Bodoh’, Doktor Digantung Tugas 5 Hari

Doktor Thailand Digantung Tugas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang doktor di sebuah hospital di Wilayah Chiang Rai, Utara Thailand berdepan siasatan Majlis Perubatan Thailand (MCT) dan digantung tugas selepas didapati bertengkar dengan pesakit.

Menurut laporan, Pengarah Hospital Chiang Saen,Sookchai Theansavettrakul telah mengesahkan perkara tersebut dan mendedahkan bahawa pertengkaran tersebut berpunca daripada masalah komunikasi antara doktor itu dengan pesakit dan sanak saudaranya.


Menurut Sookchai, doktor tersebut telah digantung tugas selama lima hari oleh pihak hospital sementara menanti keputusan siasatan dalaman yang diadakan.

@sirilakjampa

โรงพยาบาลเชียงแสน พยาบาลบางคน#โรงพยาบาลเชียงแสน #เชียงแสน

♬ เสียงต้นฉบับ – 🧸mai🧸 – 🦋Mai🦋

Klip pertengkaran berkenaan difahamkan telah tular di media sosial yang memaparkan doktor tersebut duduk bersila di atas kerusi sambil bermain telefon bimbit. Dia juga didakwa telah memanggil pesakit dan saudara-maranya dengan perkataan ‘ngo’ yang bermaksud bodoh dalam pertengkaran berkenaan.

Pesakit berusia 36 tahun berkenaan dilaporkan hamil 12 minggu dan datang ke hospital berkenaan kerana mengalami loya dan sukar makan selain turut mengadu sakit perut dan berasa letih.

Pertengkaran dilaporkan terjadi di bilik kecemasan sewaktu doktor tersebut mahu memberikan suntikan ubat namun ditolak oleh pesakit kerana mendakwa mempunyai alahan kepada picagari. Dia kemudiannya meminta ubat diberikan secara intravena namun telah ditolak oleh doktor dan berlakunya pertengkaran antara mereka.

4514444

Menerusi hantaran Facebook, Setiausaha Agung MCT berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan ke atas doktor tersebut kerana ‘berkelakuan tidak sopan terhadap pesakit semasa rawatan’ sekali gus mencemarkan nama baik dan reputasi kerjaya tersebut.

Tambah MCT, sebarang penalti lain akan dipertimbangkan untuk dikenakan kepada doktor berkenaan dan meminta orang ramai memahami keadaan kerja kakitangan perubatan yang tertekan sehingga boleh menyebabkan perbalahan sedemikian.

Baca : Ustazah Label Kaum Suami Dayus, Jika Biarkan Doktor Lelaki Yang ‘Sambut’ Bayi

Wanita Bersalin Disambut Doktor Lelaki

Sumber: Bangkok Post

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.