Sudah menjadi kebiasaan, kita akan risau jika terlihat anak kecil yang tersesat atau berseorangan di tempat-tempat awam.
Itulah yang terjadi kepada influencer Dahlia Rizal yang sedang berada di Korea dan secara tiba-tiba terjumpa seorang kanak-kanak kecil berseorangan. Difahamkan, kanak-kanak itu merupakan penduduk tempatan.
Artikel berkaitan: “Dia kepak tangan aku” – Terkedu Pekerja ‘Kasar’, Influencer Kongsi Pengalaman Pakai Hanbok Di Korea
Artikel berkaitan: “Lama tak dengaq” – Netizen Kagum Guru Warga Malaysia Ajar Pelajar Korea Nyanyi Lagu Boria
Menerusi IG Story Dahlia, kanak-kanak lelaki itu dilihat berseorangan dan Dahlia memimpin tangan kanak-kanak tersebut dan cuba untuk menenangkannya dengan menyuapkan roti.
Dahlia membawa kanak-kanak itu dan cuba untuk berkomunikasi dengannya menggunakan penterjemah yang bersama dengan kumpulan mereka namun, dia juga tidak memahami kanak-kanak tersebut.
Selepas beberapa minit, mereka membawa kanak-kanak itu ke balai polis berdekatan, tidak berapa lama kemudian, abang kepada kanak-kanak itu datang untuk mengambilnya.
“Polis bawa dia masuk balai, tiba-tiba ada abang dia umur dalam lingkungan 6-7 tahun ambil dia keluar dan pergi ke kawasan tandas.
Dia tenang je, kita syak mak dia tengah buang air lepas tu dia merayau,” tulisnya.
Difahamkan, Dahlia kini berada di Korea untuk sesi penggambaran bersama jenama tudung tempatan, Tudung Ruffle.
Nasib baik Dahlia pandai jaga…
Sumber: Instagram