in

Pamer Solidariti Untuk Palestin, Anak Bongsu PMX Hadir Konvokesyen Di New York Pakai Keffiyeh

Anak Bongsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam keadaan negara Palestin di serang oleh tentera Israel, kita dapat lihat makin ramai penduduk dunia yang menyatakan solidariti kepada penduduk Palestin.

Di media sosial, pelajar-pelajar yang baru menamatkan pengajian di peringkat universiti tanpa selindung menunjukkan mereka menyokong pembebasan Palestin ketika konvokesyen.


Terkini, anak bongsu Perdana Menteri Malaysia, Nurul Hana Anwar tidak melepaskan peluang itu untuk menyatakan sokongan kepada penduduk Palestin ketika sesi konvokesyennya di New York University.

Video Nurul Hana memakai keffiyeh dan membawa kain rentang bertulis ‘Free Palestine’ di pentas graduasi di kongsi sendiri menerusi akaun X @anwaribrahim.

Screenshot 2024 05 18 At 3.27.19 Pm

Artikel berkaitan: Respect! Macklemore Buat Lagu Sokong Palestin, Ini Semua Yang Korang Kena Tahu Tentang ‘Hind’s Hall’

Artikel berkaitan: AFC Sokong Palestin, Mahu FIFA Gantung Israel

Tahniah!

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada anak bongsu Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas pencapaiannya menamatkan pengajian di menara gading. Tidak kurang juga yang kagum dengan keberanian Nurul Huda Anwar dalam menyatakan solidariti ketika berada di pentas.

Screenshot 2024 05 18 At 3.27.50 PmTahniah PMX dan isteri YB Dr Wan Azizah. Tak lupa juga kepada anak bongsu pasangan hebat ini, Nurul Huda. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memberikan kebaikkan kepada lebih ramai orang. 

Screenshot 2024 05 18 At 3.29.04 PmItulah, memang jiwa fighter macam bapanya juga Nurul Hana ni rupanya. Mudah-mudahan terus istiqomah dalam mempertahankan dan menyatakan solidariti kepada penduduk Palestin. 

Screenshot 2024 05 18 At 3.29.26 PmMin tengok dekat negara luar banyak pelajar yang terang-terang menyatakan sokongan ketika majlis konvokesyen. Hebat betul student kat sana kan. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.