Satu muzik video yang baru dimuat naik ke Youtube pada 13 Jun lalu telah menerima teguran daripada seorang pendakwah bebas gara-gara dikatakan memaparkan adegan tidak senonoh di dalamnya.
PU Syed dalam hantarannya di Instagram telah menegur secara terbuka kepada penyanyi muzik video Sempurna iaitu 44 Airel dengan mengatakan bahawa lagu dan video klip tersebut sebagai sampah dan tidak patut ditayangkan kepada umum.
Menurut PU Syed, dia mendapat tahu mengenai video klip tersebut daripada seorang DJ dari sebuah stesen radio terkemuka yang meminta beliau untuk memberi teguran berkenaan video klip tersebut.
Artikel berkaitan: Muat Naik Video Teaser Hari Raya Berunsur Jelik, MCMC Rakam Percakapan Aliff Syukri
Artikel berkaitan: Rakam & Jual Puluhan Klip Video Lucah, Polis Cekup ‘Gigolo’ Tempatan Bersama 2 Teman Wanita
“Lagu dan video klip paling sampah dari seorang penyanyi muda.
“Saya sangat berharap pihak berkuasa yang terbabit dalam penguatkuasaan terhadap mana-mana video klip untuk ditayangkan di sosmed seperti Youtube yang datangnya dari dalam negara kita khas oleh rakyat Malaysia agar perlu ditapis sebelum dibenarkan untuk dimuat naik.
“Nak naikkan nama dan pengaruh dengan lagu-lagu dan video klip mengarut ini takkan ke mana dik! Kenapa kalian perlu buat adegan-adegan separuh lucah seperti dalam video klip itu.
“Nak gambarkan isu semasa tak perlu kita menonjolkan segenap sisi tak senonoh dalam lakonan,” katanya.
PU Syed juga meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap video klip itu sebagai langkah untuk memberi peringatan kepada penyanyi muda atau artis BBNU supaya lebih bijak dalam menjaga adab dan tatasusila khas bagi yang beragama Islam.
Paling kurang minta mereka ubah kepada video klip yang lebih beradab dan patuh syariah!
“Matlmat tak menghalalkan cara,” katanya lagi.
Dalam video klip yang berdurasi 3.29 minit itu, ia memaparkan penyanyi 44 Airel bergaduh di kelab malam dan adegan di atas ranjang bersama seorang wanita.
Selain itu, terdapat juga adegan 44 Airel bertinju di gelanggang dengan dadanya dipenuhi tatu. Watak wanita di dalam video tersebut juga mendapat kritikan apabila dilihat memakai pakaian yang mencolok mata.
Susulan pelbagai teguran yang diterima, penyanyi berkenaan, 44 Airel berkata, dia menerima segala reaksi berkenaan video tersebut dengan hati yang terbuka.
Menurutnya lagi, video berkenaan hanyalah sebuah karya lakonan dan ia juga gambaran kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat sekarang.
Haih macam-macam ye. Harap penyanyi tersebut terima teguran ini sebaiknya.