Demi menyahut seruan kerajaan, TIME telah mengumumkan penawaran pakej internet berkelajuan 100Mbps melalui pakej MyKabel.
Di bawah pelan MyKabel, pengguna akan menerima rebat bulanan sebanyak RM 30 bagi pelan standard mereka yang berharga RM 99 sebulan. Namun, pakej ini hanya dapat dinikmati oleh Penduduk Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan tertentu.
Pelan tersebut kini boleh didapati di:
- PPR Kampung Baru HICOM, Selangor
- PPR Kota Damansara, Selangor
- PPR Lembah Subang, Selangor
- PPR Taman Putra Damai, Selangor (Lembah Subang 1)
- PPR Kerinchi, Kuala Lumpur
- PPR UDA Utama, Johor
- PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 1)
- PPR Taman Perling, Johor (Jalan Rawa 7)
Menurut TIME lagi, penawaran bersasar ini akan diperbesar secara berperingkat ke kawasan lain supaya akses internet di bawah pelan MyKabel dapat dinikmati lebih ramai pengguna pada masa akan datang.
Tawaran ini boleh didapati bermula Mac 2023 hingga Disember. Setiap pakej tertakluk pada kontrak 24 bulan.
Pakej MyKabel disasarkan kepada golongan B40 dan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan juga veteran tentera-polis.
Sumber: Bernama
Baca: Selain Internet Explorer, Ini 5 Laman Web Popular Yang Dah Ditamatkan