in

“Pakcik tu tak tahu jalan” – Pemuda Kongsi Detik Cemas Ibu ‘Diumpan’ & Nyaris Diculik

Ft Ibu Hampir Diculik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pemuda kongsikan detik cemas yang dilalui oleh ibunya sendiri apabila ibunya hampir ‘diangkut’ oleh orang yang tak dikenali di Johor Bahru baru-baru ini.

Dalam perkongsian menerusi satu hantaran video yang telah meraih lebih 1.3 jumlah tontonan dalam masa sehari tu, pemuda ini menceritakan bahawa kejadian itu berlaku ketika ibunya ingin ke surau.


Artikel berkaitan : Kara Robinson: Kes Remaja Berjaya Lari Lepas Diculik Pembunuh Bersiri & Tolong Polis Bongkar 3 Pembunuhan Lain!

Artikel berkaitan : Takut Dimarahi Ibu Sebab Balik Sekolah Lambat, Budak 13 Tahun Tipu Kononnya Hampir Diculik Van Putih

Kata pemuda ini, ketika ibunya sedang berjalan, tiba-tiba ada kereta jenis Proton Saga berhenti di hadapannya untuk bertanyakan arah jalan. Menurutnya, dalam kereta tersebut ada budak kecil perempuan bersama seorang pakcik dan ia membuatkan ibunya berani untuk menghampiri mereka.

“Pakcik tu tunjuk dekat handphone dia, tak tahu jalan, tapi dia macam nak tak nak je, jadi nampak tak nampak. So, mak aku pun dekatkanlah muka nak tengok, bila dia dah tengok, orang belakang tiba-tiba buka pintu tau, dia slow-slow tarik baju mak aku.”

“Mak aku pun terkejut lah, dah rasa lain, lepas tu mak aku terus jerit, lepas tu kereta tu cepat je pecut lari.”

Dengan apa yang terjadi kepada ibu pemuda ini, dia memberi peringatan agar semua golongan berhati-hati, tidak kira kanak-kanak, golongan muda mahupun golongan tua boleh terkena ancaman sebegini.

Ini kerana, pemuda ini menjelaskan bahawa lokasi kejadian yang berlaku terhadap ibunya itu bukanlah di kawasan sunyi sepi tetapi di kawasan ramai orang. Pemuda tersebut ada tunjukkan lokasi kejadin itu dan dilihat ia begitu riuh dan ramai orang.

“Waktu-waktu macam ni, kau bayangkan banyak kereta, time ni pun diaorang boleh buat kerja.”

@browangi

Hmm jaga2 ok guys Bahaya sekarang kat mana2 ada cubaan nak menculik Awas di mana2 juga #fypシ #fypmalaysia #fypシ゚viral #beritahariini

♬ original sound – Bro Wangi – Bro Wangi

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang rasa gerun dan bimbang terhadap ancaman sebegini. Malah, berdasarkan penceritaan lelaki ini, netizen syak bahawa kemungkinan budak perempuan yang ada di dalam kereta itu mungkin juga mangsa culik.

Persoalan itu dijawab menerusi satu lagi video dan menjelaskan bahawa ia adalah punca kenapa ibunya memberanikan diri, malah dia juga ada tunjuk cara macam mana salah seorang pelaku lakukan untuk mengumpan ibunya.

@browangi

Replying to @yanazafrania Mudah-mudahan bukan mangsa #fypシ #fypmalaysia #fypシ゚viral #beritahariini #fypmalaysia🇲🇾

♬ original sound – Bro Wangi – Bro Wangi

Semoga kita dijauhkan dengan semua ancaman ini dan sentiasa berada di sisi keluarga jika berada di tempat awam.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.