in

Pakar Cadang Wanita Menyamar Jadi Hantu Di JB Terima Rawatan Psikiatri

Ft Wanita Hantu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu, kecoh di media sosial tentang penampakan ‘hantu’ yang mengganggu pemandu dekat Jalan Austin Heights Utama, Johor Bahru yang terakam melalui sebuah dashcam kenderaan.

Selepas video tersebut tular, seorang wanita berusia 31 tahun yang disyaki mengalami masalah mental telah ditahan susulan tindakannya menyamar sebagai hantu untuk menakut-nakutkan pengguna jalan raya.


Menurut Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat dilaporkan berkata, wanita itu akan cuba menendang kenderaan bagi menuntut pampasan atas kecederaan palsu.

456158764 485382830903997 2810797638720739718 N

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan wanita tersebut telah dimasukkan ke Zon Kuning, Hospital Sultan Ismail sebanyak dua kali kerana kemalangan dan kemurungan. Dia kemudian telah dirujuk ke hospital berkenaan untuk menjalani penilaian kesihatan mental.

Dalam pada itu, pakar menggesa pihak berkuasa memastikan wanita tersebut menerima rawatan psikatri.

Pun begitu, menurut Dr Andrew Mohanraj, presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, mengakui individu didiagnosis gangguan psikiatri mungkin tidak terlepas daripada salah laku secara automatik, tetapi hukuman boleh diringankan dengan belas kasihan.

456309914 1732926430858729 717932989606502522 N

Tambahnya lagi, mahkamah boleh mengarahkan wanita itu untuk menerima rawatan psikiatri sementara menunggu keputusan mana-mana kes jenayah yang dihadapinya muktamad. Walaupun didapati layak dibicarakan dan disabitkan kesalahan, mahkamah boleh mengarahkan tertuduh menjalani hukuman di kemudahan psikiatri.

Artikel berkaitan : Wanita Menyamar Hantu Di Austin Heights Berjaya Ditahan Polis

Artikel berkaitan :  “Tajam memerhati” – Lelaki Tak Dikenali Bersembunyi Dalam Semak Samun, Intai Wanita Jemur Kain

Sementara itu, Presiden Relate Mental Health Malaysia, Dr Chua Sook Ning, berkata sebarang tindakan jenayah diambil ke atas wanita itu perlu mengambil kira penilaian pakar perubatan terhadap kesihatan mentalnya.

“Jika tingkah lakunya disebabkan penyakit mental, bantuan psikiatri segera akan memberi manfaat kepadanya”

Tambahnya lagi memenjarakan wanita itu tanpa sokongan psikiatri boleh memburukkan keadaannya.

Menurutnya, terdapat keperluan untuk perkhidmatan kesihatan mental berasaskan komuniti yang boleh diakses dan berkesan serta sokongan buat individu mengalami penyakit mental, bahkan gelandangan.

Sumber : FMT

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.