Ahli Parlimen Baling telah menyebabkan kekecohan buat beberapa minit ketika sidang dewan rakyat Parlimen ke-14, semalam. Melalui siaran langsung pada sesi petang itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilihat mencelah ketika Ahli Parlimen Batu Kawan, Kashturi Patto berbahas dan berkata,
Gelap, tak nampak.”
Beberapa ahli parlimen kemudian meminta beliau menarik balik kenyataan itu namun Azeez enggan dan berkata kenyataan itu bukanlah merujuk kepada warna kulit Kashturi. Salah seorang ahli parlimen didengari berkata,
Saya minta Yang Berhormat Baling tarik balik kenyataan ‘gelap, tak nampak’ tadi.”
Timbul sedikit kekecohan dan seluruh sidang sedikit huru hara namun Azeez kemudian membalas dia merujuk kepada lokasi tempat duduk Kashturi yang gelap. Kata Azeez,
Saya pun gelap, tak nampak. YB pun gelap. Eh gelap takde jadi isulah. Saya pun gelap, takkan gelap nak jadi isu.”
Jadi apa masalah gelap sekarang ni?”
Saya tidak menyatakan bahawa beliau gelap. Saya tidak kata ‘YB ni gelap’. Saya kata gelap, saya pun gelap. Pakailah bedak, selesai masalah.”
Kashturi turut berkongsi tentang insiden itu melalui akaun Twitter dan menegur Tan Sri Muhyidin Yassin tentang sikap salah seorang ahli parlimennya.
https://twitter.com/KasthuriPatto/status/1282593576270979074
Bagaimanapun, pada sidang dewan pagi tadi Azeez dilaporkan telah diarahkan untuk meminta maaf oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Menurut Aziz, perkataan seperti ‘offensive’ dan meminta Azeez menarik balik perkataan tersebut. Azeez akur dan menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk memanggil sesiapa sebagai ‘gelap’.
2 tahun saya duduk di situ, same spot. Sememangnya kawasan itu gelap dan kami selalu tak dapat perhatian daripada Speaker.”
Maksud saya kawasan itu (gelap).”
Tonton video itu di sini.
https://twitter.com/KasthuriPatto/status/1282869911820177408
Kashturi dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk merujuk Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan ‘gelap’ dan ‘bedak’, lapor Awani.
Menurutnya, kenyataan itu rasis dan kebebasan yang diberikan Dewan Rakyat kepada ahli dewan tidak seharusnya disalahgunakan.