Nama pelakon Fathia Latiff terus disebut-sebut susulan pelbagai kontroversi yang melanda dirinya dengan beberapa selebriti lain.
Terbaharu, Fathia memberi pandangan mengenai pemakaian tudung berhubung penampilannya yang dilihat tidak bertudung dengan sepenuhnya.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik pengguna, pelakon itu menyatakan dia mencuba untuk menutup aurat walaupun tidak sempurna.
Artikel berkaitan: “Apa dia merepek?” – Dakwa Suami Heliza Helmi Tak Siapkan Rumah, Ini Respon Datuk Mahadi
Artikel berkaitan: Rambut Wanita Yang Telah Dipotong Masih Dikira Aurat – Mufti Wilayah Persekutuan
View this post on Instagram
Selain itu, dia tidak mahu berjanji dengan netizen dan soal menutup aurat adalah urusannya dengan Allah SWT.
“Saya tak perlu berjanji kepada anda semua untuk saya tutup aurat ke tak sebab kalau saya pakai ke campak ke itu antara saya dengan Allah,” katanya.
@fatiya.latiff Fathia cuba untuk tutup aurat walaupun tak sempurna.semoga istiqamah fathia❤️🔥 #fyp #viral #bibik #anjulovers #fathialatif #fatiyalatif #fatiyalatiff
Dalam sesi live itu juga, Fathia berpendapat pemakaian tudung bukanlah satu perkara wajib sebaliknya menutup aurat yang menjadi kewajipan kepada wanita Muslim.
“Okaylah saya jadi ustazah kejap. Tudung itu bukan wajib tapi menutup aurat itu wajib.
“Bak kata ustaz ini dia cakap nak pakai timba dekat kepala pun boleh, janji menutup aurat,” ujarnya.
@fatiya.latiff tudung bukan wajib menutup aurat itu wajib?maksud seakan sama tapi lain lain🤔apa pandangan korang??? #fatiyalatiff #fathialatif #bibik #viral #fyp #fatiyalatif
Meninjau di ruangan komen, ramai bersetuju dengan kenyataan Fathia tentang ulasan menutup aurat.
Namun, ada yang risau dengan kenyataan itu dengan meminta tidak menggunakan perumpamaan timba kerana boleh mengelirukan generasi muda.
Hmm, kita doakan yang terbaik buat Fathia…
Sumber: TikTok