in

Pakai Pakaian Tidak Senonoh Ketika Acara Larian Di Johor, 3 Lelaki Ditahan Polis

Berpakaian Tidak Sopan Di Acara Larian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh diperkatakan di media sosial tentang beberapa orang individu yang dilihat berpakaian tidak sopan dan tidak senonoh ketika acara larian di Penawar, Johor.

Memetik laporan Buletin TV3, tiga orang lelaki yang ditahan itu terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan dua orang warga asing.


Ketiga-tiga mereka berumur dari 39 hingga 70 tahun.

Turut dirampas oleh pihak polis ialah aksesori dan pakaian yang dipakai oleh mereka ketika program larian itu iaitu tiga keping kadbod berwarna perak, skirt merah dan sari berwarna merah.

Artikel Berkaitan: Video Penyanyi Dikir Barat Menari Di Khalayak Ramai Tular, Exco Kelantan Mohon Penjelasan ‘Amran Fans’

Artikel berkaitan: “Cerai secara berakhlak” – Mufti Kelantan Tegur Peniaga Kosmetik Cerai Dalam ‘Live’

Difahamkan, ketiga-tiga mereka berpakaian tidak senonoh sebegitu kerana atas kemahuan diri sendiri dan bukannya atas arahan pihak penganjur acara larian tersebut.

Ini kerana dapat dilihat dalam gambar yang tular di media sosial bahawa peserta lain yang menyertai larian yang sama berpakaian sukan biasa seperti t-shirt dan seluar berwarna merah.

Sebelum ini, tular di Facebook perkongsian dari seorang pemilik akaun Facebook Mohd Latif Bin Talib tentang pakaian sesetengah peserta acara larian tersebut yang dilihat tidak menghormati agama Islam di negara ini.

6

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana membuat perbuatan lucah di kawasan awam.

Sumber: Buletin TV3, Facebook 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.