Apa perasaan korang kalau nampak orang awam tiba-tiba marahkan orang tua hanya sebab dia lambat hantar makanan? Lagi-lagi pakcik yang berusia terpaksa kerja jadi rider untuk sara hidup cari duit lebih?
Seperti klip yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang wanita dilihatkan meninggikan suara kepada pakcik rider siap mengeluarkan kata-kata yang kedengaran agak kurang ajar. Rupanya-rupanya, ada kisah di sebalik insiden tersebut.
“Kalau dah tahu tak larat, dah tahu mata tak nampak, tak payah buat kerja ni terus. Dah tua kan?” – Wanita dalam video
Dek bengang dengan tindakan wanita tersebut, beberapa orang awam yang lalu-lalang bertindak dengan menghentikan perbalahan dan minta untuk wanita itu mohon maaf kepada pakcik tersebut.
Bukan tu je, siap ada yang offer nak bayarkan ganti rugi bagi pihak pakcik tu lagi! Wah, betul-betul taknak pakcik tu terasa hati ni…
“Lakonan makcik ni menjadi walaupun social experiment”
Ternyata, klip tersebut hanyalah sebahagian dari video social experiment yang dimuatnaik di YouTube Aku Peduli yang memaparkan realiti sebenar segelintir rakyat Malaysia yang seakan hilang adab mereka terhadap orang yang lebih berusia.
Disebabkan itu, ramai netizen di bahagian komen mengatakan bahawa mereka sentap dan tidak menafikan bahawa situasi itu sering terjadi di kalangan mereka. Hmm… sedih kan bila ada orang yang macamni?
Malah ada yang memuji penghayatan wanita itu dalam membawa wataknya walaupun hanyalah sekadar video social experiment. Kini, perkongsian klip itu telah capai lebih 2 juta views dan juga lebih 130 ribu likes di TikTok.
Min harap, kita jangan biasakan ya dengan tabiat macamni… Bak kata pepatah, orang tua dihormati, orang muda disayangi… Barulah harmoni selalu masyarakat di negara kita ni.