Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul… Itulah yang dialami oleh mereka yang kehilangan ibu bapa dalam usia yang sangat muda dan ia juga tidak terkecuali kepada anak-anak arwah penyanyi, Siti Sarah yang terpaksa melalui kehidupan ini tanpa ibu mereka di sisi.
Umum rakyat Malaysia sangat bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga Shuib, pun begitu agak menyedihkan apabila baru-baru ini tular satu video TikTok yang dimuat naik @sitihasreena mengenai ejekan yang diterima anak arwah.
“Padan muka ibu dia dah meninggal”
Menerusi video tersebut, kelihatan anak arwah Siti Sarah, Dzakira Talita Zahra atau lebih mesra dipanggil Dekta menangis kerana telah diejek rakan di sekolah yang ibunya sudah meninggal dunia.
Bila ditanya apa yang rakannya tuturkan sehingga kanak-kanak itu menangis, Dekta berkata,
Dia kata padan muka ibu dia dah meninggal,” luah Dekta.
@reenalee_official Moga anak2 kita dilindungi #fypシ
Tidak pasti bilakah video ini dirakam, namun kata-kata di video tersebut meminta ibu bapa untuk mengajarkan anak-anak supaya lebih sensitif dengan kesedihan yang dialami orang lain kerana ia mampu memberi kesan mental terhadap anak kecil seperti Dekta.
“Kawan2 pun satu hal… ibu meninggal bukan perkara yang kita mintak”
Rata-rata netizen di bahagian komen video berkenaan sangat sedih dengan apa yang terpaksa dilalui Dekta sehinggakan ada yang meminta ibu bapa untuk pantau sikap anak-anak ketika di sekolah.
Kematian bukanlah satu perkara yang remeh tambah-tambah apabila seseorang itu kehilangan ibu.
Apa-apapun admin harap Dekta kuat hadapi dugaan ini. Harap budak yang ejek tu dah kena tegur dengan cikgu atau parents dia.
Baca: “Dah rancang awal” – Dikecam Tanya Soalan Sensitif Dekat Shuib, Rosyam Nor Akhirnya Buka Mulut