in

“Padahal ada anak” – Lelaki Tegur Sikap Suami & Isteri Orang, Menggatal Di Tempat Kerja

suami 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang yang bekerja perlu bergaul dengan rakan sepejabat bagi memastikan gerak kerja berjalan dengan lancar.

Pun begitu, wujud segelintir orang yang gemar bergaul bebas tanpa batasan dengan rakan berlainan jantina di tempat kerja malah ada yang suka bercerita tentang masalah rumah tangga masing-masing.


Ada yang pasang skandal?

Satu video dikongsikan oleh @samadpiupiu di TikTok yang mana dia menegur sikap sesetengah suami ataupun isteri orang yang tidak menjaga etika pergaulan sedangkan mereka masih bergelar suami ataupun isteri orang.

Artikel berkaitan: “Mereka tiada kebolehan hebat” – Hazeman Huzir Beri Pendapat Tentang ‘Kaki Kipas’ Bos Di Pejabat

Artikel berkaitan: Tular Video Siling JPJ Bocor Sampai Pejabat Banjir, Bahagian Pelesenan Pemandu KL Ditutup Sementara

Betul memang ada skandal. Isteri orang text dan call suami orang malam-malam. Yang si suami orang bagitahu orang lain, si isteri orang bangga pula dikatakan berskandal.

Perangai itu juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumur selain suka bersembang lucah. Lelaki itu turut mendakwa perbuatan tersebut dikatakan perkara normal bagi mereka.

Ada yang menggatal dengan staf perempuan, cakap lucah, double meaning joke dan bagi mereka benda ni kebiasaan.. “Alaa normallah cakap kotor.”

@samadpiupiu

#stitch with @Ig : mesyamina ? Salah satu benda betul bila kerja dekat company majority Melayu. Based on experience sendiri and close friends. Susu tu nak bawa pergi vet tapi vet JPV KL tutup takde letrik ?

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Ada staf mesej budak intern, padahal dah ada anak

Pelbagai cara sudah dilakukan oleh pihak pengurusan bagi memastikan masalah ini dapat dielakkan seperti menampal stiker gangguan seksual di tempat kerja namun usaha itu seperti sia-sia jika ada orang berperangai sebegitu.

Tampallah notis sexual harassment  semua tu kat keliling office sama je. Cerita ni bukan pengalaman peribadi tapi daripada pengalaman kawan-kawan bekerja di Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Perak.. kebanyakannya memang sama.

Lebih mengejutkan, ada juga pekerja yang berbalas mesej dengan pelajar praktikal dan bertanya mengenai hal peribadi.

Sangat tak normal bila staf mesej pelajar intern yang laindepartment tanya.. “Dah sampai rumah ke?” “Makan apa?” padahal ada anak sakit pula tu. Ada anak dan isteri, tapi buat perangai macam tu.

Status isteri dah seorang ibu kepada anak-anak tapi duduk di atas riba seorang lelaki di depan semua orang ibarat perkara tu biasa.

Bagaimanapun, dia berkata perkara normal namun salah jika dalam pergaulan di tempat kerja ada yang suka bercakap kasar, mencarut dan sebagainya. Tetapi untuk bergurau lucah, double meaning joke di dalam dan luar tempat kerja adalah tidak normal.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen menyokong teguran lelaki tersebut.

suami 1 suami 2

Risau juga macam ni.. moga dijauhkan

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.