in

Padah Hon Berkali-kali Ketika Solat Jumaat, Cermin Kereta Pecah Dipukul Jemaah Surau

I Dont Know How Long He Had Been Waiting There Then He Started Honking World Of Buzz 2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Padah Hon Berkali-kali Ketika Solat Jumaat, Cermin Kereta Pecah Dipukul Jemaah Surau
Loading
/

Sepatutnya hari Jumaat diisi dengan melakukan hal-hal yang berfaedah, namun lain pula yang terjadi di Surau Austin Perdana semasa waktu solat Jumaat tadi.

Sebuah kereta jenis Camry telah dipukul hingga pecah cermin belakang oleh jemaah surau yang berang dengan tindakan pemilik kereta yang kononnya membunyikan hon berkali-kali ketika solat Jumaat berlangsung.


Melalui satu perkongsian di Facebook, saksi kejadian yang dikenali sebagai MrMar Amirul memberitahu bahawa kenderaan tersebut telah disekat perjalanannya kerana jemaah sedang menunaikan solat Jumaat. Akibat tidak sabar menunggu, pemilik kereta telah membunyikan hon sehingga ia mengganggu ketenteraman jemaah yang sedang khusyuk menunaikan solat.

18222227 1662964463732271 2639375798528807432 N 1
sumber: facebook

Selesai menunaikan solat Jumaat, para jemaah surau yang berang terus menyerang kenderaan tersebut dengan memukul cermin keretanya menggunakan helmet dan kon sehingga pecah. Pemilik kereta juga dikhabarkan telah dibelasah jemaah yang naik angin.

Dalam pada itu, isteri mangsa juga telah meluahkan rasa kecewanya atas kejadian yang menimpa mereka di laman Facebook.

Menurutnya, pemandu kereta Camry itu memang telah melakukan kesalahan dengan membunyikan hon berkali-kali. Namun suaminya bukanlah seorang yang jahat dan jikalau dia terlewat datang ke situ, kemungkinan besar lelaki itu hampir maut dibelasah jemaah yang berang.

18268111 1662964480398936 2653206307926017919 N
sumber: facebook
18222514 1662964497065601 6734872042156950231 N
sumber: facebook

Aksi jemaah surau yang bertindak di luar kawalan telah dimuatnaik rakamannya dan mendapat pelbagai kecaman. Pun begitu, aksi seorang pak cik yang memegang kon sambil memukul cermin belakang kereta yang sudah pecah paling menarik perhatian netizen.

Capture 20170505 182105
sumber: facebook

Antaranya memberi komen,

Mahu pak haji tu tak naik angin. Tengah khusyuk solat dia pergi bantai hon.”

“Tak lama lagi tu adalah yang edit gambar pakcik pukul kon tu.” 

Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat tindakan para jemaah surau tersebut agak keterlaluan dan kedua-dua belah pihak sepatutnya bertolak ansur apabila kejadian seperti berlaku.

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.