in

Padah Hantar Komen Jelik Nahas Helikopter TLDM, Pengguna X Ini Didenda RM23,000

Komen Jelik Denda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut yang mengorbankan 10 mangsa, seorang pengguna X telah didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh yang juga merupakan seorang peniaga dalam talian, Mohd Saifuddin Shafik, 36, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim mahkamah.


Dalam pertuduhan itu, dia didakwa secara sedar membuat penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 April lalu.

Artikel berkaitan: Situasi Sesi Pengebumian Mangsa Nahas Helikopter Kecoh, Ada Individu Bunyikan Hon?

Gmedb8Gaeaa1Hyf

Dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.

Tertuduh hidap bipolar

Dalam pendakwaan itu, peguam memohon anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara kerana mengalami simptom penyakit Bipolar Disorder di samping perlu menanggung seorang isteri dan kedua ibu bapa.

Tertuduh turut membuat permohonan maaf kepada anggota keluarga mangsa, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seluruh rakyat Malaysia dan menyatakan kekesalannya kerana membuat hantaran itu.

“Saya sedar semasa membuat posting itu dan amat menyesali perbuatan saya. Tidak mungkin saya membuat (hantaran) itu sekiranya saya tidak ada (menghidap) bipolar.

“Saya juga rela hati menyahaktif akaun Twitter untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku di masa akan datang,” ujarnya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM23,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Hakim berharap hukuman itu boleh menjadi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam lain supaya menggunakan media sosial secara berhemah.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.