in

Padah Buka Seluar Di Tempat Awam, Lelaki Ini Kena Tendang 2 Kali Dengan Wanita

3tendang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita bertindak menendang seorang lelaki yang sedang membuka seluar ketika berada di dalam sebuah restoran di Indonesia baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, tindakan lelaki itu telah melondeh seluar ketika berdiri selepas menyelak baju yang dipakainya sehingga kelihatan perut. Turut dilihat dalam video itu, lelaki itu seolah-olah sedang menggaru alat sulitnya setelah seluarnya itu ditanggalkan.


Screenshot 2022 07 23 at 1.59.52 PM

Menyaksikan kelakuan tidak senonoh lelaki itu di tempat awam, seorang wanita yang datang dari arah belakang telah menendang kuat lelaki itu sehingga melambung ke depan. Lelaki itu yang terkejut terus menarik seluarnya ke atas dan bergegas keluar dari restoran.

Sebelum sempat keluar dari restoran, wanita itu sekali lagi menendang lelaki itu dengan teriak yang tidak dapat difahami. Dipercayai wanita itu menengking lelaki itu atas tindakan tidak senonoh yang turut disaksikan pengunjung restoran yang lain.

Screenshot 2022 07 23 at 2.00.15 PM

Mungkin terkejut akibat ditendang, lelaki itu pun keluar dari restoran itu tanpa ada sebarang pergaduhan atau tindakan susulan.

Maaf, min tak boleh share video kejadian tu sebab tak senonoh.

Sumber: Berita Hits Id

Baca: Lelaki Tunggang Motor Bogel Lepas Kelar Isteri & Anak Dah Ditahan Polis

Screenshot 2022 07 23 at 2.03.20 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.