Hujung minggu lepas, media sosial tempatan digemparkan dengan video seorang individu lelaki memuat naik sebuah video menghina agama Islam, dia sendiri memuat naik video tersebut dalam laman YouTube miliknya sebelum dikongsikan oleh netizen ke platform lain.
Tidak lama kemudian, lelaki tersebut didatangi beberapa individu lain yang memberi amaran kepadanya dengan memukul lelaki tersebut sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian mukanya.
Dalam laporan Utusan Malaysia, hari ini lelaki yang merupakan penghantar makanan itu didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menghina Islam menerusi video yang dimuat naiknya Sabtu lepas.
Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd. Nor’muzil Mohd. Razalli dan mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Ketika dijatuhi hukuman, Hakim Ahmad Rizki juga menasihati tertuduh supaya insaf dan bertaubat atas kesalahan yang dilakukannya itu.
Moh. Nor’muzil dituduh mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 233(3) akta sama.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Baca: “Melayu Islam Bab*! – Lagi Kes Hina Agama Islam, Kali Ini Siap Cabar Suruh Cari Sampai Dapat