Hujung minggu lepas, tular berkenaan seorang wanita yang bertindak menanggalkan tudung dan pakaiannya di atas pentas acara open mic yang diadakan dalam sebuah kelab stand up comedy yang terletak di ibu negara.
Difahamkan, wanita tersebut juga berkata dia telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebelum menanggalkan tudung serta baju kurungnya dan hanya memakai pakaian yang menjolok mata.
Susulan penularan video berdurasi 54 saat itu di kebanyakan media sosial, pihak Crackhouse Comedy Club itu membuat laporan polis mengenai wanita tersebut, pun begitu pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan penutupan sementara kelab tersebut.
Petikan daripada New Straits Time, DBKL telah menjalankan siasatan terhadap lesen premis dan telah mengambil tindakan mengarahkan penggantungan sementara operasi mereka berkuat kuasa serta-merta.
Disebabkan itu, ramai yang membantah penutupan kelab tersebut termasuklah pelakon dan pengarah ternama Afdlin Shauki.
Pengarah filem Baik Punya Cilok itu, berpendapat penutupan kelab tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana yang bersalah adalah pelakunya bukan kelab tersebut.
“Pada saya kelab itu tidak salah kerana ia tidak menghina Islam, tetapi salah seorang pengunjungnya yang salah langkah atau salah tempat.
Jika anda yang berpandangan kelab seperti itu tidak wajar kerana komedi tidak selari dengan Islam, sabar dahulu. Saya tidak mahu kata ya atau tidak.” tulisnya dalam Facebook.
Selain itu, Afdlin Shauki juga beranggapan isu menghina agama khasnya agama Islam perlukan tindakan selari di antara kesedaran awam serta penguatkuasaan undang-undang malah.
Dia juga berkata masyarakat majmuk di negara ini perlu dididik untuk tidak menghina agama lain, khasnya agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan ini secara sehala.
Apa pendapat korang pula?
Baca: “222 undi hilang” – Kalah Bertanding Pilihanraya PKR, Afdlin Shauki Buat Laporan Polis